Ini sebab berat Sweet Qismina turun 10 kg dalam masa sebulan

Oleh BURHANUDDIN ABD RAZAK

Sweet Qismina menafikan dakwaan bahawa dia telah menjalani prosedur bariatrik atau memotong usus untuk menurunkan berat badan dengan cepat.

Menurut Sweet, atau nama sebenarnya Farhanna Qismina Supandi, 27, dia memilih untuk mendapatkan nasihat pakar nutrisi

Dan mengamalkan diet cecair demi menjayakan babak terlantar di hospital dalam filem Babah.

“Saya mendapatkan nasihat pakar dari hospital, jadi tiada istilah saya potong usus atau buat apa-apa prosedur untuk cepat kurus.

Sejujurnya, saya hanya amalkan liquid diet, minum susu sepanjang hari. Kalau lapar sangat, saya hanya makan epal atau sebiji telur sahaja,” katanya kepada mStar.

Ini sebab berat Sweet Qismina turun 10 kg dalam masa sebulan

Sweet berkongsi pengalaman itu semasa ditemui pada tayangan media filem Babah di TGV One Utama, Petaling Jaya, Selangor, pada malam Isnin.

Walaupun berjaya menurunkan lima kilogram dalam seminggu, penerbit filem berkenaan meminta Sweet agar kelihatan lebih kurus untuk wataknya.

Menyahut cabaran itu, Sweet meneruskan usaha dan berhasil menurunkan berat sebanyak 10 kilogram dalam masa sebulan.

“Dalam seminggu, saya berjaya turun lima kilogram, tetapi penerbit minta turunkan lagi supaya nampak lebih kurus dan cengkung. Selepas jadual penggambaran diatur semula, saya berjaya mencapai berat 43 kilogram daripada 53 kilogram, dan dapat menjayakan babak sakit berkenaan,” jelas Sweet.

Filem Babah, yang sudah memasuki minggu ketiga tayangan di pawagam, berjaya mencatat kutipan hampir RM6 juta. Selain Sweet Qismina, filem ini turut dibintangi oleh Qi Razali, Cristina Suzanne, Adam Lee, dan Kis Aisha.

BACA: Tarian separuh bogel Kelantan, penganjur mohon maaf, bayar RM10k je selesai?