Man Kulim meninggal dunia

Oleh AHMAD SULAIMAN

Pempengaruh media sosial yang terkenal di kawasan utara, Man Kulim Pening, dilaporkan telah meninggal dunia hari ini.

Berita sedih itu disampaikan oleh rakan Allahyarham, yang juga seorang pempengaruh, Eira Aziera, melalui hantaran di Facebook.

“Tolong sedekahkan Al-Fatihah kepada arwah Man Kulim kerana dia telah meninggalkan kita. Saya mendapat maklumat ini sekitar jam 6 petang tadi.

“Saya sedang dalam perjalanan ke rumah arwah di Kulim. Jenazah akan dikebumikan, tetapi belum pasti sama ada malam ini atau pagi esok. Ketika ini, jenazah berada di rumahnya.

“Sesiapa yang melihat video ini, tolong sedekahkan Al-Fatihah kepada arwah.

Man Kulim meninggal dunia

Semoga rohnya ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman. Amin,” tulisnya.

Sementara itu, adik Allahyarham, yang dikenali sebagai Bunga Dhia, turut berkongsi berita duka ini melalui Facebook.

Menurutnya, Allahyarham menghembuskan nafas terakhir selepas waktu Asar dan dijangka akan dikebumikan di Penaga, Kuala Muda.

“Kami sekeluarga reda dengan kehilangan ini walaupun berat untuk ditanggung, lebih-lebih lagi kerana kami baru sahaja kehilangan ibu pada 11 Disember lalu,” katanya.

Rata-rata warganet turut menzahirkan ucapan takziah dan meluahkan kesedihan atas pemergian Man Kulim Pening, yang dikenali ramai melalui aksi bersahajanya yang sering menghiburkan.

BACA: Suami kata tanggungjawab dia kena jaga kakak dan anak buah dia. Hak saya sebagai isteri mana? Kakak dia bukan janda pun