Pernah tular cari internet atas pokok, Veveonah kini pelajar perubatan

Oleh AHMAD SULAIMAN

Pasti ramai yang masih ingat mengenai kisah pelajar universiti yang tular sekitar tahun 2021 apabila terpaksa tinggal sementara di atas pokok

untuk menjawab soalan peperiksaan dalam talian semasa pandemik Covid-19.

Gadis yang dimaksudkan, Veveonah Mosibin, anak jati Sapatalang, Pitas, Sabah, kini bergelar pelajar perubatan di Management and Science University (MSU).

Menurut laporan portal berita tempatan, Veveonah telah tamat pengajian di Universiti Malaysia Sabah (UMS) dalam bidang sains marin.

Susulan tularnya berita tersebut, timbul pelbagai tuduhan kurang enak terhadap gadis berusia 23 tahun itu berkenaan keputusan peperiksaannya yang didakwa ‘corot’.

Pernah tular cari internet atas pokok, Veveonah kini pelajar perubatan

“Dia bilang boleh masuk sesuka hati walaupun result corot.

“Tidak pasti jika jurusan lain, namun bagi Bachelor of Medicine and Bachelor of Surgery (MBBS), wajib Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) 3.50 untuk lepas. Mana-mana IPTA atau IPTS, sistem sahaja.

“Jangan pandang rendah universiti swasta. MSU tersenarai dalam 12 universiti terbaik di Malaysia. Ingat senangkah jadi top 12?,” kongsinya di Insta Story.

Portal berita tempatan sebelum ini berkongsi bahawa Veveonah berjaya menamatkan pengajiannya di UMS, namun minatnya dalam bidang perubatan telah wujud sejak tahun 2021 lagi.

Menurut Veveonah, impiannya dalam sains marin mula berubah akibat pembelajaran secara dalam talian yang terpaksa dilakukan semasa pandemik, sedangkan bidang tersebut memerlukan pembelajaran yang lebih praktikal.

Namun, Veveonah tetap cekal menamatkan pengajiannya dalam bidang sains marin terlebih dahulu untuk memenuhi kontrak biasiswa.

Sejak Oktober lalu, beliau telah memulakan pengajian sebagai pelajar perubatan di MSU dan kini sedang dalam proses untuk memohon tajaan biasiswa.

Jalan terus ke hadapan, abaikan kata-kata negatif! Selamat maju jaya Veveonah.

BACA: Datuk Seri Siti Nurhaliza menginap di hotel mewah Dubai RM30K satu malam!