Ahli parlimen DAP bantu tujuh sekeluarga tinggal dalam kereta asal Kelantan

Oleh DAHLIA MARZUKI

Hilmi merantau jauh dari Kelantan ke Penang demi mencari sesuap nasi buat isteri dan 5 orang anak kecil.

Anak yang sulung pun baru 9 tahun. Yang paling kecik, baru umur 2 tahun.

Mula-mulanya kat Penang dia dapat kerja sebagai driver lori. Gaji boleh tahan, dia pun jenis yang rajin bekerja.

Bila keadaan dah lebih baik, Hilmi ingat nak pindah ke rumah sewa yang lebih selesa.

Tapi nasib badan – dia kena scam dengan tuan rumah, sewa deposit semua dah bayaq tapi akhirnya dia kena halau.

Ahli parlimen DAP bantu tujuh sekeluarga tinggal dalam kereta asal Kelantan

Maka dari situ mulalah kisah derita keluarga muda ini. Mereka 7 sekeluarga tinggal dalam kereta usangnya. Bumbung ada, cermin tingkap takda, malah cermin belakang pun dah pecah.

Nak baiki tak mampu jadi tutup dengan plastik putih dililit pelekat.

Oleh sebab hidup berkelana dalam kereta usang, Hilmi akhirnya terpaksa melepaskan kerja sebagai driver lori. Takkan nak biarkan isteri dan anak tinggal dalam kereta tak bercermin ketika dia bawa lori berjauhan.

Tapi Hilmi tak berputus asa. Kereta usang yang jadi rumah tu, kereta itu juga dibawa kesana kesini buat Lalamove. Bila hantar barang, satu famili terpaksa pi bersama. Kais pagi makan pagi.

Oleh sebab dihimpit keadaan, dua orang anak yang bersekolah terpaksa berhenti.
Selepas saya dapat aduan tentang keadaan Hilmi sekeluarga, saya terus turun ke lokasi mereka berada.

Sayu melihat Hilmi dan isteri bersama 5 orang anak kecil duduk beralaskan kain rentang buruk di tepi kereta. Namun ketika had yang dewasa melengung memikir nasib kehidupan, anak-anak pula sedang bermain-main seakan tiada kerisauan. Itulah putih suci jiwa anak-anak kecil. Menitis air mata saya bila memandang mereka, terkenang anak saya sendiri.

“Kami belum makan lagi Pak Cik”, luah anak-anak kecil.

“Takpa, jom kita pi makan. Pak Cik belanja ayam goreng”.

Mak depa bagitau, selalu kalau nak makan ayam goreng, nasik order 3 pinggang, ayam 2 ketui, pastu kongsi 7 orang.

Hari ini Pak Cik belanja seorang satu ketui. Lepas makan, kita balik ke rumah baru.
“Rumah baru?”

“Ya rumah baru. Malam ini anak-anak tak perlu tidur dalam kereta.”

Di rumah baru, saya rasa begitu gembira melihat anak-anak tersenyum riang. Sofa, katil, dapur, peti ais semua saya belikan.

Beli yang simple simple je tapi tak sangka anak-anak begitu gembira bila nampak ada peta ais. Isteri Hilmi kata rumah lama mereka pun tak ada peti ais.

Saya juga dapatkan kerja baru untuk Hilmi di sebuah syarikat lori. Lepas ni, Hilmi akan ada gaji tetap bolehlah jaga famili dengan lebih baik.

Hilmi fokus bina semula kehidupan. Sewa rumah saya tanggung setahun, biar Hilmi dan isteri usah bimbang bab ni.

Anak-anak saya uruskan balik ke sekolah.

Nak ucapkan terima kasih juga kepada pegawai PPD, Tuan Shuhada Ibrahim serta Tuan Liang Chee Kin dan guru PK HEM SK Taman Impian Puan Rubiah Hassan yang hadir sendiri ke rumah baru menjenguk anak-anak. Surat masuk sekolah sekali depa bawa. Terima kasih Cikgu, Steven serahkan Syukur dan adiknya Rizqi kepada Cikgu.

Saya juga hulurkan sedikit bantuan tunai kepada Hilmi, malam ni beli lauk sikit, makan baik sikit kat rumah baru.

Bila saya serahkan kunci Hilmi pula menitiskan air mata.

Usah bersedih Hilmi, kini masanya untuk membina semula kehidupan.

Malam ni saya gembira mengetahui Hilmi dan isteri Yani, anak-anak mereka Syukur, 9 tahun, Rizqi 7 tahun, Amin 4 tahun, Rahmat 3 tahun, Aisyah 2 tahun tidak lagi hidup berbumbungkan langit beralaskan kain usang di tepi jalan.

Tak kisahlah Hilmi ni dari Kelantan ke apa (saya tau pasti akan ada yang marah kat saya, pasti akan ada yang tegur dan kritik, pasti akan ada yang kata macam-macam), tapi bila ada orang susah mai kat saya, saya tetap akan bantu, tak kira kaum dan agama.

Jalan Teruih.

Kredit FB STEVEN SIM

BACA: Akhirnya setelah sekian lama menanti, Runningman bakal gegarkan Malaysia