Bekas isteri suami dedah aku ni isteri ketiga, patutlah duit tak pernah cukup, jumlah anak tiri aku sebenarnya..

Oleh MUHAMMAD KHAIRY JALALUDDIN

Selama ini aku silent reader sahaja tetapi malam ini aku rasa ingin meminta pendapat forumers di sini kerana aku tidak tahu lagi kepada siapa hendak meluahkan perasaan. Saya sudah berkahwin hampir dua setengah tahun.

Belum ada rezeki untuk mendapatkan anak dan telah dua kali mengalami keguguran.

Sekarang ini aku mengesyaki suami aku mempunyai hubungan sulit dengan perempuan lain. Suami aku ini semasa berkahwin dengan aku adalah duda anak seorang.

Mula – mula dulu sebelum berkahwin aku fikir senang untuk mempunyai anak tiri ini.

Rupa – rupanya Tuhan sahaja yang tahu tahap ‘kejelesan’ aku apabila dia membawa anak dia balik. Mungkin kerana aku ini anak tunggal dan tidak suka berkongsi.

Bekas isteri suami dedah aku ni isteri ketiga, patutlah duit tak pernah cukup, jumlah anak tiri aku sebenarnya..

Kemudian bekas isterinya meminta untuk berpindah ke negeri lain jadi tidaklah selalu berjumpa dengan anaknya itu. Dulu masa mula – mula kenal aku tidak tahu dan tidak menyangka langsung yang dia tu suami orang. Naif dan b0doh sungguh aku.

Selepas aku tahu, aku terus menjauhkan diri, tidak friend dekat Facebook, tak melayan mesej dan sebagainya. Sebenarnya pada masa itu belum ada perasaan terhadap dia, cuma aku melayan dia sebagai kawan dan apabila dia bercerai barulah kami rapat. Kenal pun tidak lama terus berkahwin.

Semasa kenal itu dia baru sahaja membuka perniagaan dengan bekas isterinya (pada masa itu masih isteri), kemudian apabila bercerai, aku boleh katakan yang suami aku tu tinggal sehelai sepinggang. Kereta tiada, rumah tiada kerja pun tiada.

Terp4ksa bermula semula dari awal. Hendak berkahwin pun menggunakan duit aku, dia hanya tambah sedikit sahaja. Ish, apabila memikirkan kembali rasa seperti hendak tumbvk diri sendiri kerana terlalu b0doh. Selepas berkahwin dalam setahun, bekas isterinya menelefon aku.

Ya Allah, rasa hendak pengsan pada masa itu. Nasib baiklah kami berbincang dengan baik. Dia memberitahu bahawa suami aku ini masih mengganggu dia, mem4ki dia, cemburu dan menuduh dia ada lelaki lain dan sebagainya padahal sudah bercerai, siap talak tiga lagi.

Aku pun memberitahu bahawa aku kalau boleh tidak mahu campur urusan mereka. Dan meng3jutkan, dia bertanya aku, “Eh, awak tahu kan yang dia ada anak lain?” Hah? Rupa – rupanya aku ini isteri ketiga, memang sy4itan betul! aku m4ki laki aku masa itu.

Rupa – rupanya dia sudah pernah dua kali berkahwin. Anak dengan isteri pertama ada tiga orang. Jadi suami aku ini sudah ada empat orang anak. Patutlah duit gaji selalu tidak cukup, tidak pernah memberi wang belanja kepada aku walaupun duit rumah dan kereta dia yang selesaikan.

Rupa – rupanya hampir separuh gaji diberikan kepada anak – anak dia. Apabila aku tahu perkara ini keluarga aku ada di rumah aku, cuti sekolah, jadi tidak boleh hendak meng4muk habis – habisan. Kalau keluarga aku tahu lagiIah… mahu lembik suami aku kerana menipu.

Selepas perniagaan ditutup dan diberikan kepada bekas isterinya (isteri kedua), dia bekerja sebagai pemandu di kilang Jepun. Bolehlah campur kerja lebih masa untuk menyara kehidupan. Aku pun bekerja. Biasalah kan, pemandu kadang – kadang kena kerja hujung minggu kerana bos ada golf, bos Jepun datang ke Kuala Lumpur dan sebagainya.

Seperti hujung minggu lepas dia kata bos pergi main golf. Baiklah. Saja aku cari dia (dia tidak tahu aku cari dia) tengok ada di kawasan Puchong Permai. Aikk, buat apa di situ kan? Sampai malam di situ. Habis kredit cari dia sahaja.

Kalau hari bekerja aku cari dia ada di kawasan Seremban, baiklah sebab kilang dia di situ. Kemuncaknya tadi, aku balik lewat dari pejabat, dia sampai dahulu dalam pukuI 8 dia mesej kata dia kena pergi outstation bawa bos pergi Penang.

Aku pun memecut memandu kerana mahu bertemu dia. Dia kata mahu bertolak pukuI 11 malam supaya sampai Penang awal pagi, tidur di hotel. Siap membawa uniform semua. Aku cari dia setengah jam selepas keluar, aikkk ada di Puchong Permai lagi.

Sekarang ini masih di sana. Kalau kata mahu park kereta kemudian bawa kereta bos, bos dia di Mont Kiara. Jauh itu dari Puchong Permai. Kalau bersebeIahan boleh diterima juga. Jadi apa suami aku buat di Puchong Permai itu?

Di situ tertulis Taman Puchong Permai. Ada sesiapa tahu ini kawasan perumahan atau kedai? Dia sudah berkahwin lagi ke? Sepanjang malam ada di situ? Takkan tidur dalam kereta kan. Hendak menyara hidup sekarang pun tersemput – semput.

Oh, selain itu suami aku mualaf, dia dari Sarawak. Tetapi dia sudah masuk Islam pada tahun 1997 – 1998 mungkin semasa hendak berkahwin dahulu. Sekarang ini sudah tak mahu solat lagi. Hendak suruh solat pun seperti p4ksa budak solat. Punyalah liat.

Surah – surah lazim pun memang tidak hafal atau lupa. Apabila aku mahu ajar, memang b0doh sombong sungguh! Berlagak tidak mahu. aku pun tidak tahu hendak buat macam mana lagi. Kalau boleh aku teringin hendak seperti keluarga lain, suami menjadi imam solat, atau suami ke surau solat berjemaah. Aku malu dengan keluarga aku.

Apa yang patut aku buat? Mengenai solat semua itu, bolehkah menjadi alasan untuk berpisah? Perlu pergi kaunseling dahulu? Mengenai yang dia menipu dan selalu ke lokasi itu bagaimana aku hendak mendapatkan bukti selain mencari dia?

Perlu mencari GPS tracker seperti dalam filem? Mesej, log telefon semua memang aku tahu dia padam siap – siap sebelum sampai rumah takut aku periksa.

Ada juga tengah – tengah malam aku bangun periksa tab dia, ada lah gambar – gambar perempuan (kebanyakannya janda) di galeri foto itu. Gatal sungguh!

Apa patut aku buat? Berdepan dengan dia? Memang tidak akan mengaku punya. Apapun terima kasih kerana membaca, sekurang – kurangnya lega separuh d4da aku kerana dapat meluahkan.

Komen W4rganet :

Bid4dari Anggun : Panjangnya cerita…. kalau tanya aku, dah la solat pun malas, takde nilai sebagai seorang muslim, buat apa ko nak penat – penat sesakkan kepala sendiri fikir itu ini? Hidup ni sekejap je, ko sibuk – sibuk fikir masalah laki, orang lain dah hidup bahagia takde laki pun takpe.

BACA: Ingatkan tipu duit travel je, sekali wanita ini dedah Kim Seri tipu duit pelaburan Restoran