Ada juga yang pecah kamera, video otak kau – Along Cham

Oleh MOHD FAHMI MUSTAQIM

Itulah tekad isteri kepada pelawak Along Cham, Afreena, yang akan terus menyokong suaminya

Dia yang bakal didakwa di Mahkamah Sepang pagi ini atas pertuduhan memiliki dadah jenis ganja.

Afreena, yang bekerja di Bahagian Perkhidmatan Kejuruteraan di sebuah syarikat penerbangan,

Beliau menegaskan bahawa dia tetap percaya kepada suaminya.

“Saya kenal siapa suami saya. Saya yakin dengan dia dan berharap akan ada berita baik untuk suami serta keluarga kami.

Ada juga yang pecah kamera, video otak kau - Along Cham

Saya akan terus kuat, dan saya tahu Along juga seorang yang tabah,” katanya menerusi siaran langsung Instagram malam tadi.

Dalam hantaran yang sama, Afreena turut memohon doa daripada orang ramai agar segala urusan berkaitan suaminya dipermudahkan.

“Saya amat menghargai sokongan anda semua. Saya cuma berharap anda semua dapat mendoakan agar suami saya mendapat keadilan yang sewajarnya. Justice For Along,” luahnya dengan nada sebak.

BACA: