Rosmah Mansor bebas tuduhan pengubahan wang haram RM7.09 juta

Oleh JUNITA ABD RAHIM

Isteri bekas Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor, telah dilepaskan dan dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi pada Khamis

Daripada 12 pertuduhan pengubahan wang haram melibatkan jumlah RM7,097,750 serta lima pertuduhan gagal menyerahkan penyata pendapatan kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

Hakim K. Muniandy membuat keputusan itu setelah membenarkan permohonan Rosmah, 73 tahun, untuk membatalkan kes-kes tersebut.

Bagi pertuduhan pengubahan wang haram, Rosmah didakwa mengikut Seksyen 4(1)(a) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram,

Pencegahan Pembiayaan Keganasan, dan Hasil daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA) 2001, yang memperuntukkan hukuman di bawah Seksyen 4(1) akta sama.

Rosmah Mansor bebas tuduhan pengubahan wang haram RM7.09 juta

Bagi kesalahan berkaitan LHDN, Rosmah dituduh gagal mengemukakan penyata pendapatan bagi tahun taksiran 2013 hingga 2017 kepada Ketua Pengarah Hasil Dalam Negeri pada atau sebelum 30 April setiap tahun dari 2014 hingga 2018.

Tindakan itu melanggar Seksyen 77(1) Akta Cukai Pendapatan 1967 tanpa alasan munasabah, yang bertentangan dengan Seksyen 112 akta sama.

Kesalahan-kesalahan itu didakwa dilakukan di Affin Bank Berhad, Cawangan Bangunan Getah Asli, Jalan Ampang, antara 4 Disember 2013 dan 8 Jun 2017, serta di pejabat LHDN di Kompleks Bangunan Kerajaan, Jalan Tuanku Abdul Halim, antara 1 Mei 2014 dan 1 Mei 2018.

Di samping itu, Rosmah masih menghadapi prosiding rayuan terhadap keputusan Hakim Mohamed Zaini Mazlan (kini Hakim Mahkamah Rayuan), yang menjatuhkan hukuman penjara 10 tahun dan denda RM970 juta ke atasnya atas tiga tuduhan rasuah berkaitan projek solar hibrid bernilai RM1.25 bilion.

BACA: Gara-gara liat bayar sewa, Majlis Bandaraya Seremban cabut pintu rumah