“Dah masuk empat bulan gaji tak dapat. Tolonglah kami abang.”
Itulah keluhan seorang pemain Kelantan Darul Naim FC (KDN FC) yang mendedahkan bahawa
Mereka kini berhadapan dengan tunggakan gaji yang sudah memasuki empat bulan.
Menurut sumber yang enggan dikenali, bukan sahaja gaji yang tertunggak sejak bulan September lalu,
Malah potongan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) juga tidak dibayar oleh pihak pengurusan pasukan.
Sumber tersebut turut memberitahu bahawa caruman Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) tidak dilakukan, dan insurans pemain turut diabaikan.
“Sejak September, Oktober, November, dan kini Disember, gaji kami masih belum diterima. KWSP langsung tidak dibayar, caruman Perkeso tidak dibuat, dan insurans pemain pun tiada,” kata sumber itu.
Pada masa ini, KDN FC berada di tangga ke-12 Liga Super selepas menjalani 15 perlawanan, mengumpul tujuh mata.
Kedudukan di dasar liga ini perlu diperbaiki segera, memandangkan baki saingan Liga Super hanya tinggal lapan perlawanan sahaja.
Selain daripada kempen liga, KDN FC yang dikendalikan oleh jurulatih dari Korea Selatan, Park Jae-hong, turut beraksi dalam Piala Cabaran. Namun, mereka tewas 1-5 kepada Selangor FC dalam perlawanan suku akhir pertama.
BACA: Kesabaran aku teruji bila mak mertua sendiri yang suruh suami aku kahwin lagi