Kedai dobi layan diri kini semakin popular di Malaysia, menjadi pilihan ramai untuk membasuh dan mengeringkan pakaian.
Kesuntukan masa dan faktor cuaca yang tidak menentu menjadikan perkhidmatan ini sebagai satu alternatif yang praktikal dan berbaloi.
Berbeza dengan mencuci di rumah yang memerlukan masa untuk menjemur pakaian, di kedai dobi, pakaian boleh terus dilipat selepas dikeringkan. Mudah, bukan?
Namun, pernahkah anda terfikir berapa kos yang diperlukan untuk membuka sebuah kedai dobi?
Berikut adalah perkongsian daripada pempengaruh TikTok, @Zarif Azrie, mengenai anggaran kos dan keuntungan kedai dobi.
Kos dan Anggaran Pembukaan Kedai Dobi
Kos Permulaan
Menurut Zarif, kos awal untuk membuka kedai dobi adalah sekitar RM100,000 hingga RM300,000, bergantung pada lokasi dan saiz premis.
Kos ini meliputi:
-Sewa dan renovasi kedai
-Mesin basuh dan pengering
-Mesin tukar wang
-Sistem keselamatan
-Papan tanda
-Permit perniagaan
Kos Bulanan Operasi
Untuk kos operasi bulanan, jumlah anggaran adalah antara RM6,000 hingga RM11,000.
Kos ini merangkumi:
-Bil elektrik dan air
-Penyelenggaraan mesin
-Gaji pekerja
-Sabun cuci
Anggaran Balik Modal (ROI)
Jika anda ingin mencapai pulangan modal (ROI) dalam tempoh tiga tahun, jumlah kos permulaan perlu dibahagikan kepada 36 bulan.
Contohnya:
Modal permulaan RM150,000: Jualan minimum bulanan yang diperlukan adalah RM4,167.
Modal permulaan RM300,000: Jualan minimum bulanan yang diperlukan adalah RM8,333.
Pendapatan Kasar untuk Keuntungan
Untuk memperoleh keuntungan, pendapatan kasar bulanan yang disasarkan adalah antara RM10,300 hingga RM22,500.
Kesimpulan
Membuka kedai dobi layan diri memerlukan perancangan teliti, terutama dari segi kos dan lokasi.
Dengan pengurusan yang baik, perniagaan ini boleh menjadi sumber pendapatan yang menguntungkan.
BACA:Pengguna tiktok tak tahu restoran ada sijil halal, mohon maaf fitnah Agong dan PMX