Kes penipuan atau scam terus meningkat, malah saban hari ada sahaja laporan mengenainya di media.
Lebih membimbangkan, ada mangsa yang mengalami kerugian sehingga ratusan ribu ringgit akibat terpedaya dengan pelbagai taktik dan modus operandi penipu.
Walaupun pelbagai kes telah dilaporkan, tiada siapa dapat menjangka bila atau siapa yang akan menjadi mangsa seterusnya. In
i kerana scammer sentiasa mencari cara baharu untuk memperdaya orang ramai.
Jika anda menjadi mangsa penipuan, berikut adalah langkah yang perlu diambil segera seperti yang disarankan oleh Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional (NFCC):
1) Segera Hubungi Bank atau Talian Kecemasan 997
Sekiranya anda menyedari terdapat transaksi yang tidak dibenarkan atau mencurigakan dalam akaun bank anda, segera hubungi hotline bank yang beroperasi 24 jam.
Sekiranya kejadian itu melibatkan penipuan, anda juga boleh menghubungi Talian Hotline Pusat Respon Penipuan Kebangsaan (NSRC) di 997.
Selepas laporan dibuat, NSRC akan menyelaraskan tindakan antara agensi-agensi berkaitan seperti:
Menghentikan kerugian kewangan selanjutnya.
Mengesan dana yang dicuri.
Menyiasat kes penipuan tersebut.
Mengambil tindakan penguatkuasaan terhadap scammer.
Tindakan segera dapat membantu mengurangkan kerugian, walaupun tiada jaminan wang anda dapat dipulangkan sepenuhnya.
2) Buat Laporan Polis
Selepas menghubungi bank atau NSRC, langkah seterusnya ialah membuat laporan polis di balai berdekatan.
Laporan ini penting untuk membolehkan pihak polis:
Memulakan siasatan rasmi.
Mengambil tindakan sewajarnya terhadap penjenayah.
Kesimpulan
Langkah-langkah ini mungkin tidak dapat menjamin anda akan mendapat semula wang yang hilang, tetapi ia penting untuk menghentikan kerugian dan menyokong usaha membanteras jenayah penipuan.
Semoga maklumat ini bermanfaat!
BACA:Diana Danielle dedah dia hanya ambil 2 projek berlakon setahun ini sebabnya