Tengku Mahkota Kelantan, Dr Tengku Muhammad Faiz Petra dan pasanganya Che Puan Mahkota Kelantan,
Sofie Louise Johansson Petra sebelum ini dikhabarkan menimang cahaya mata sulung pada Julai tahun lalu.
Selepas setahun kelahiran bayi diraja itu, kemunculan anakanda kepada Tengku Mahkota Kelantan yang diberi nama Tengku Muhammad Johan Petra di khalayak ramai mengundang perhatian ramai.
Wajah terkini anakanda baginda berdua itu dikongsikan Sofie Louis ketika menghadiri sebuah perlawanan bola keranjang di Kuala Lumpur, semalam.
Menerusi perkongsian Sofie Louise itu di Instagram, rata-rata memuji kecomelan Tengku Johan yang berambut perang.
Mereka juga teruja kerana sepertinya Tengku Johan baru sahaja dilahirkan semalam dan kini sudah pandai berjalan.
Mereka juga menggelarnya ‘our little blond prince’.
“Ya Allah cepatnya besar Tengku Johan. Rasa baru je tengok dia bayi. Cepatnya masa berlalu,” komen Safiah.
“Terasa macam baru je lahir, rupa-rupanya dah berjalan. Comel,” komen Liza pula.
Baca juga:Proton lancar kereta EV pertama, bakal jadi kenderaan rasmi ASEAN 2025