SEORANG wanita mencetuskan kekecohan apabila tiba-tiba muncul di khalayak ramai
Dalam keadaan bogel sambil mengamuk, seperti yang tular menerusi foto di media sosial.
Insiden itu dilaporkan berlaku di pasar lama Bintulu, Sarawak, pada pagi Isnin, melibatkan wanita yang dipercayai mengalami masalah kesihatan mental.
Dia dilihat berada di tengah jalan raya, menyebabkan beberapa kenderaan terpaksa berhenti secara mengejut.
Situasi bertambah tegang apabila wanita tersebut bertindak agresif dengan menendang beberapa kenderaan, termasuk sebuah kereta polis peronda (MPV) yang tiba untuk mengawal keadaan.
Tidak terhenti di situ, dia juga masuk ke sebuah kedai makan berdekatan, mencetuskan kebimbangan dalam kalangan pelanggan dan orang awam di lokasi kejadian.
Beberapa foto kejadian tersebut tersebar di media sosial, mendorong pelbagai reaksi netizen.
Rata-rata meluahkan rasa simpati dan menyeru agar wanita itu diberikan bantuan sewajarnya.
Antara komen yang tular:
“Jangan diketawakan, takut diri sendiri atau keluarga yang terkena.”
“Kasihan dia… sakit mental. Kalau dia normal, dia pun tidak akan buat begitu.”
“Semoga ada orang baik yang dapat permudahkan urusan dia.”
Difahamkan, pihak polis tidak membuat sebarang penahanan tetapi wanita itu telah diserahkan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk tindakan lanjut.
Netizen berharap langkah ini dapat membantu memperbaiki keadaan wanita tersebut.