Untuk pengetahuan ramai, gelaran ‘Pejuang SGD’ merujuk kepada individu yang berasal dari Malaysia t
Tetapi bekerja di Singapura untuk memperoleh gaji yang lebih tinggi.
Melalui sebuah laman Facebook bernama FB Complaint Singapore, seorang individu berkongsi pengalamannya,
Beliau mengakui bahawa kos hidup di Singapura lebih murah jika dibandingkan dengan Malaysia.
“Sewaktu saya tinggal di KL dengan kuasa membeli sebagai orang tempatan, saya sering menghabiskan sekitar RM30 hingga RM60 untuk makan dan snek setiap kali keluar.
Walaupun saya memilih kedai makan yang murah, nasi ayam sahaja sudah berharga RM12,” katanya.
Namun, setelah bekerja di Singapura, dia menyedari bahawa kos sara hidup di negara tersebut lebih rendah, sekali gus memberikan kuasa membeli yang lebih besar.
Berdasarkan pengalaman baru, dia turut meluahkan rasa kecewanya apabila beberapa penduduk tempatan mengeluh mengenai harga barang di Singapura.
“Saya berasa kecewa apabila rakan sekerja saya di Singapura mengeluh tentang kenaikan GST dan harga barang yang semakin ‘mahal’. Dengan gaji dalam mata wang SGD, saya rasa lebih selesa berbanding kehidupan saya di Malaysia.”
Dia juga menambah bahawa kehidupan yang serba cukup dan mudah di Singapura sukar didapati di negara lain.
BACA: Ini kadar elaun yang bakal dinikmati peserta PLKN 3.0 untuk sehari