Patutlah sedap ikan pekasam bila digoreng, rupanya 5 mayat manusia perisa tambahan!

Oleh AHMAD SULAIMAN

Lima lelaki ditemukan mati di dalam kolam ikan pekasam di sebuah kilang petang semalam.

Kejadian tragis itu dilaporkan kepada pihak polis sekitar jam 5 petang waktu tempatan.

Mangsa yang terkorban dikenali sebagai Lam (69 tahun), Lad (68 tahun), Jakkrit Senaut (59 tahun), Hia Wan, dan Suparerk Chatchuea (masing-masing 30 tahun).

Menurut maklumat awal, seorang wanita berusia 66 tahun yang merupakan rakan kepada pemilik kilang telah membuat panggilan kecemasan kepada polis

.Beliau memaklumkan bahawa dia tidak dapat menghubungi menantunya serta beberapa pekerja kilang yang lain.

Patutlah sedap ikan pekasam bila digoreng, rupanya 5 mayat manusia perisa tambahan!

Hasil siasatan awal menunjukkan bahawa pemilik kilang telah mengarahkan pekerjanya untuk membersihkan kolam tersebut sebelum kehilangan komunikasi dengan mereka.

Polis kini sedang menyiasat punca kematian kelima-lima mangsa untuk mengenal pasti apa sebenarnya yang berlaku di lokasi kejadian.

BACA: Selepas berapa hari rumah diserbu, akhirnya Che Ta buka mulut beri respon