Pelakon sensasi, Rozita Che Wan, atau lebih mesra disapa Che Ta, memberikan jawapan kepada pertanyaan seorang pengguna TikTok yang dikenali sebagai Mimi.
Dalam sesi siaran langsung di TikTok malam tadi, Mimi bertanyakan keadaan Rozita selepas kontroversi
Yang melibatkan kediamannya di Kota Damansara, Petaling Jaya, yang diserbu pegawai Majlis Amanah Rakyat (MARA) atas dakwaan gagal menjelaskan hutang hampir RM1 juta.
“Are you okay my dear? (Adakah anda okay, sayangku?)”, tanya Mimi, yang dibalas dengan senyuman oleh Rozita.
Sesi siaran langsung itu, yang berlangsung selama lebih satu jam, turut dipenuhi dengan ucapan khabar dan doa
Daripada peminat yang tidak putus memberikan sokongan. Rozita mengucapkan terima kasih kepada mereka yang memberikan kata-kata positif.
“Terima kasih kepada yang komen baik-baik. Sokongan anda amat saya hargai. Semoga kebaikan yang anda berikan berbalik kepada anda,” katanya dengan penuh penghargaan.
BACA: Cikgu ‘jual’ kisah yang dia nk bantu orang susah… tapi ada syarat, kena bagi modal dulu