Mana tidak tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi, dua beranak didakwa buat maksiat bersama pasangan

Oleh JUNITA ABD RAHIM

Dua beranak dihadapkan ke Mahkamah Tinggi Syariah di sini hari ini atas pertuduhan berasingan

iaitu melakukan persediaan persetubuhan haram dan berkhalwat bersama pasangan masing-masing.

Mat Husin Sulaiman, 53, seorang tukang urut, bersama pasangannya Aslina Razali, 37, masing-masing didenda RM4,500

atas kesalahan melakukan persediaan persetubuhan luar nikah. Denda tersebut dijatuhkan oleh Hakim Syarie Mohd. Nazri Yusof.

Sementara itu, anak perempuan Mat Husin, Nurul Hadhari, 20, dan pasangannya, Che Mohammad Aidil Hakim Rozali, 20,

Mana tidak tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi, dua beranak didakwa buat maksiat bersama pasangan

didenda RM3,000 dan RM4,000 masing-masing oleh Hakim Syarie Hamidi Syafie atas kesalahan berkhalwat kali kedua.

Berdasarkan pertuduhan, Mat Husin dan Aslina didakwa melakukan persediaan persetubuhan luar nikah di sebuah rumah di Kampung Surau Haji Daud pada pukul 5.25 petang, 19 Mei yang lalu.

Di mahkamah berasingan, Nurul Hadhari dan Che Mohammad Aidil Hakim pula didakwa berkhalwat buat kali kedua di sebuah rumah pangsapuri di Jalan Batas Baru pada pukul 4.14 pagi, 18 Mac lalu.

Mereka yang kini telah bergelar suami isteri sejak Julai lalu didakwa mengikut Seksyen 31(a)(b) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) (Terengganu) 2001 (Pindaan 2022).

Sebelum ini, pasangan ini juga telah ditangkap kerana berkhalwat buat kali pertama di lokasi yang sama pada 1 Februari lalu.

Pada 21 Oktober lalu, mereka telah didenda RM1,900 dan RM2,000 di Mahkamah Rendah Syariah atas kesalahan tersebut, dan mereka masih merupakan pelajar kolej masing-masing.

BACA: Penjualan daging babi di pasar malam Setia Alam cetus perdebatan sampai MBSA terpaksa bersuara