Penjualan daging babi di pasar malam Setia Alam cetus perdebatan sampai MBSA terpaksa bersuara

Oleh INFORAKYAT

Seorang wanita mempersoalkan tindakan seorang peniaga yang menjual daging babi secara terbuka di Pasar Malam Setia Alam, Selangor

Isu ini menjadi tular selepas wanita tersebut memuat naik video berdurasi 30 saat di TikTok pada Isnin lalu.

Penjualan Secara Terbuka

Dalam video itu, suasana pasar malam dirakam, memaparkan sebuah gerai yang menjual makanan dikenali sebagai pork crispy.

Wanita tersebut mendakwa bahawa makanan tidak halal itu dijual di lokasi sama yang turut melibatkan peniaga Muslim.

Penjualan daging babi di pasar malam Setia Alam cetus perdebatan sampai MBSA terpaksa bersuara

“Kita nampak ada peniaga jual ‘pork’ secara terbuka. Kalau nak ikutkan, tak boleh,” katanya dalam video yang disertakan dengan tanda pagar #majlisbandarayashahalam.

Reaksi Netizen

Perkongsian itu mencetuskan perbincangan hangat dalam kalangan pengguna media sosial. A

da yang bertanya sama ada penjualan daging babi di pasar malam tersebut melanggar undang-undang,

manakala ada juga yang berpendapat tidak menjadi masalah kerana pasar malam itu mempunyai dua bahagian – halal dan tidak halal.

Penjelasan MBSA

Bagaimanapun, Ketua Bahagian Korporat dan Perhubungan Awam Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Mohd Azhar Mohd Sharif, menjelaskan bahawa penjualan daging babi secara terbuka adalah tidak dibenarkan di kawasan pasar malam.

“MBSA tidak mengeluarkan sebarang kebenaran atau lesen bagi tujuan itu. Kemungkinan peniaga ini berniaga tanpa lesen,” katanya.

Tambah beliau, pihak jabatan pelesenan MBSA kini sedang menyemak isu tersebut.

* Jika peniaga mempunyai lesen, ia akan ditarik balik.
* Jika tiada lesen, kompaun boleh dikeluarkan mengikut undang-undang kecil penjaja.

Mohd Azhar juga menegaskan bahawa penjualan daging babi hanya dibenarkan di kawasan khas seperti pasar tertutup yang memenuhi syarat-syarat tertentu.

Tindakan Tegas

MBSA memberi amaran bahawa tindakan akan diambil terhadap mana-mana peniaga yang melanggar syarat perniagaan, demi memastikan keharmonian dan sensitiviti masyarakat terjaga.

BACA: Aliff Syukri kongsi kisah hampir tidur lokap SPRM ketika gaduh dengan Datin