Gangguan mistik boleh berlaku di mana sahaja, sama ada di rumah, tempat kerja, atau kawasan terbuka yang sunyi.
Mereka yang mengalaminya sering melaporkan terdengar bunyi aneh, terlihat bayangan misteri, atau merasakan suasana yang tidak tenteram.
Bayangkan jika gangguan ini berlaku di rumah, lebih-lebih lagi ketika bersendirian
. Keadaan ini tentunya menimbulkan rasa seram dan tidak selesa.
Bagi mereka yang tertanya-tanya mengapa rumah sering dihantui bunyi atau perasaan aneh,
ia mungkin berpunca daripada gangguan genderuwo atau hantu raya.
Menerusi sebuah video TikTok yang dikongsikan oleh seorang pengamal perubatan dari Pusat Rawatan Al-Idrus, terdapat tiga ciri utama yang menunjukkan kehadiran genderuwo di sesebuah rumah:
Kehadiran ‘doppelgänger’
Orang lain melihat seseorang yang menyerupai anda di rumah, sedangkan anda tiada pada waktu tersebut.
Gangguan mimpi aneh
Tidur sering diganggu mimpi bersifat seksual, seperti bermimpi sedang bersetubuh atau didatangi seseorang yang membawa maksud ghairah.
Bunyi misteri di tingkat atas
Sering terdengar bunyi tapak kaki, guli bergolek, atau sesuatu berjalan di bumbung atau tingkat atas rumah.
Sekiranya anda mengalami salah satu atau lebih daripada tanda-tanda ini, jangan abaikan pengalaman tersebut.
Jika gangguan ini berlarutan hingga mengganggu kesejahteraan hidup, adalah penting untuk berikhtiar dengan mendapatkan bantuan daripada pengamal perubatan Islam.
Ini dapat membantu mencari penyelesaian dan memulihkan ketenangan di rumah and
BACA: Isteri asyik sakit sampai masuk hospital, dia tak tahu ke aku ada match badminton dengan kawan-kawan