Dengar semula rakaman piknik di sungai, jelas suara perempuan mengilai

Oleh MUHAMMAD KHAIRY JALALUDDIN

Hutan tebal yang dipenuhi pokok tinggi dan rimbun menjadi habitat kepada pelbagai makhluk.

Ketika berada di kawasan hutan, seseorang perlu berwaspada dan menjaga adab serta kata-kata, kerana bahaya mungkin mengintai tanpa disedari.

Seorang wanita baru-baru ini berkongsi pengalaman menyeramkan selepas menonton semula rakaman video perkelahan keluarganya

Di sebuah sungai, dipercayai di Sungai Congkak, Hulu Langat, Selangor.

Dalam video tersebut, dia terdengar bunyi misteri menyerupai suara mengilai.

Dengar semula rakaman piknik di sungai, jelas suara perempuan mengilai

Menerusi perkongsiannya di TikTok, wanita itu menjelaskan rakaman dibuat ketika mereka sibuk menyusun tempat perkelahan

. Namun, hanya selepas menonton semula video itu barulah dia menyedari suara aneh tersebut.

“Itu la, ambil port hujung-hujung lagi, akhirnya ada benda sambut. Memang tak tahu suara siapa, bila tengok balik video baru perasan,” katanya.

Dia menambah, ahli keluarganya turut tertanya-tanya mengenai suara tersebut, yang kedengaran seperti seorang perempuan sedang mengilai.

 

Lihat siaran ini di Instagram

 

Siaran dikongsi oleh mStar (@mstaronlineofficial)

“Punca bunyi tu pun macam dekat je. Lagi satu, waktu saya rakam video tu, di sebelah saya cuma ada lelaki, tapi suara dalam video tu mengilai seperti seorang perempuan,” jelasnya, penuh tanda tanya.

Keadaan menjadi lebih menyeramkan apabila suara itu mampu mengatasi bunyi deras air sungai, walaupun lokasi perkelahan mereka berada di kawasan paling hujung dan tiada orang lain di sekitarnya.

Netizen yang menonton video tersebut tampil memberi penjelasan. Mereka mendakwa bunyi itu bukanlah unsur mistik, sebaliknya datang daripada haiwan seperti ungka atau lotong.

“Bunyi mengilai tu ialah haiwan ungka atau lotong. Dekat rumah mak saya pun selalu ada bunyi mirip macam ni. Itu bunyi lotong ataupun kera,” ujar seorang netizen.

Penjelasan itu mengejutkan wanita tersebut, yang lantas memohon maaf atas salah sangka.

“Maafkan kami orang bandar, sebab tak nampak datang daripada mana bunyi tu. Itu ingat ada hantu ke apa,” katanya dengan nada berseloroh.

Pengalaman ini menjadi pengajaran bahawa apa yang kedengaran menyeramkan tidak semestinya berkaitan dengan hal mistik, sebaliknya boleh dijelaskan melalui fenomena alam

BACA: Mak mertua mengamuk elaun bulanan kena potong, sangka anak yang beri rupanya selama ini menantu beri