Tak sangka! Ini agenda halus maksud huruf M pada coklat terkenal

Oleh DAHLIA MARZUKI

Ramai antara kita yang pasti pernah mencuba coklat M&M, terutama ketika kecil, bukan?

Gula-gula ini hadir dalam pelbagai variasi yang menepati citarasa, seperti coklat susu, kacang, buah-buahan, dan cookies and cream.

Namun, tahukah anda apa maksud di sebalik huruf M&M pada coklat tersebut?

Adakah ia sekadar hiasan pada permukaan coklat atau ada cerita tersendiri?

Seorang pengguna TikTok, Claire Dinhut (@condimentclaire), telah berkongsi info menarik mengenai M&M dan sedikit ‘drama’ keluarga di sebalik nama jenama terkenal ini.

Tak sangka! Ini agenda halus maksud huruf M pada coklat terkenal

Dia menjawab persoalan tersebut apabila ditanya oleh salah seorang pengikutnya. Claire sering berkongsi fakta menarik mengenai sejarah makanan, coklat, dan gula-gula terkenal di seluruh dunia.

“Fakta paling menarik mengenai coklat dan manisan adalah tentang M&M dan kenapa produk ini dipanggil dengan nama itu,” kata Claire. “Terlalu banyak drama keluarga yang menjadikan kisah ini sangat menarik.”

Nama M&M sebenarnya mewakili dua individu yang terlibat dalam penghasilan jenama coklat ini. M&M merujuk kepada Mars dan Murrie, dinamakan sempena Forrest E. Mars Sr. (pengasas Mars) dan Bruce Murrie (anak kepada presiden Hershey Chocolate, William F. R. Murrie).

Kisah di sebalik nama ini bermula apabila Bruce Murrie, yang tidak ‘sebulu’ dengan bapanya, bertindak sebagai pesaing perniagaan Hershey. Mars, selepas bertengkar dengan bapanya, memutuskan untuk mengembara ke Eropah.

“Beliau pergi ke Eropah semasa Perang Amerika-Sepanyol dan melihat ramai orang gemar makan coklat kecil yang disaluti dengan cengkerang gula-gula,” jelas Claire. “Mars merasa produk ini perlu dibawa pulang ke Amerika, tetapi beliau tidak mahu berkongsi idea ini dengan bapanya.”

Keputusan Mars untuk tidak berkongsi dengan bapanya dipercayai akibat ketegangan hubungan mereka disebabkan pertengkaran yang berlaku sebelumnya. Oleh itu, Mars membuat keputusan untuk bekerjasama dengan pesaing bapanya, Hershey.

Mars kemudian bekerjasama dengan Bruce Murrie untuk mencipta coklat yang kini dikenali sebagai M&M, gabungan nama Mars dan Murrie.

Claire turut menambah bahawa kejayaan jenama M&M semakin berkembang semasa Perang Dunia Kedua. “Pada waktu itu,

M&M menandatangani perjanjian dengan kerajaan untuk membekalkan produk ini kepada tentera,” katanya. Sejak itu, M&M terus berkembang dan kini kekal menjadi jenama coklat yang terkenal di seluruh dunia.

BACA: Rezeki tak pernah salah alamat, peniaga dihina pendakwah raih RM100000 dalam masa 2 hari