Tak sampai hati bersenang-senang dikala negara banjir, Yusof Haslam batalkan percutian

Oleh JUNITA ABD RAHIM

Pengarah tersohor, Datuk Yusof Haslam, mengambil keputusan membatalkan percutiannya ke luar negara

Dan menyalurkan wang tersebut untuk membantu mangsa banjir yang terjejas.

Beberapa minggu lalu, anaknya Syafiq Yusof berkongsi bahawa ibunya merancang percutian keluarga ke Eropah.

Percutian ini bertujuan mengeratkan semula hubungan mereka dengan Syamsul Yusof, yang baru-baru ini kembali ke pangkuan keluarga.

Namun, perancangan tersebut dibatalkan kerana keluarga Datuk Yusof merasakan ada keutamaan yang lebih penting,

Tak sampai hati bersenang-senang dikala negara banjir, Yusof Haslam batalkan percutian

terutama dengan keadaan bencana banjir yang melanda negara, terutamanya di Pantai Timur.

Tidak Sampai Hati Bersenang-senang

Menurut Datuk Yusof Haslam, beliau dan keluarganya tidak tergamak untuk bersenang-senang bercuti ketika ramai rakyat Malaysia sedang menderita akibat banjir.

Malah, beberapa rakan dan kakitangan Skop Productions juga menjadi mangsa banjir, dengan ada di antara mereka yang rumahnya ditenggelami air.

“Jika sekadar untuk bercuti dan bukan urusan penting, ia tidak wajar dilakukan dalam keadaan sekarang,” katanya kepada Harian Metro.

Fokus Bantu Mangsa Banjir

Datuk Yusof turut berkata:
“Hari-hari hujan turun, banjir berlaku, dan ramai rakyat Malaysia sedang bersedih. Jadi, kami sekeluarga ambil keputusan untuk batalkan percutian.

“Tahun lepas, kami sudah bercuti ke Jepun. Untuk tahun ini, kami tangguhkan dahulu percutian. Tahun depan pun belum pasti, kami akan fikir kemudian.”

Sebaliknya, beliau merasakan lebih baik wang yang diperuntukkan untuk percutian digunakan untuk membantu mangsa banjir yang memerlukan.

Datuk Yusof juga mengimbau kenangannya pada tahun 2024, ketika beliau sendiri terlibat sebagai sukarelawan membantu mangsa banjir di Kuala Krai. “Ini masa untuk membantu, bukan berseronok,” tegasnya.

BACA: China jumpa deposit emas terbesar dunia bernilai RM369 bilion