Baru-baru ini, tular di media sosial mengenai seorang lelaki yang berkahwin dengan calon isteri ketiga dengan keizinan isteri-isterinya yang lain.
Lebih mengejutkan, dia dengan bangganya menghebahkan perkara tersebut dalam sebuah grup komuniti poligami.
Pada mulanya, ramai netizen mengagumi ketabahan para isteri yang sanggup menerima kehidupan bermadu.
Namun, keadaan berubah apabila isu ini menjadi kecoh di media sosial,
Apabila ada pihak yang mendakwa kisah percintaan pasangan tersebut tidaklah seindah yang dilihat di luar.
Pendedahan oleh peguam terkenal, Asiah Abd Jalil, telah membuka rahsia mengenai perkahwinan pasangan ini, dengan mendakwa bahawa tidak semua isteri mendapat restu seperti yang dicanangkan dan tidak dilayan dengan adil.
Menurut peguam tersebut, pernikahan dengan isteri kedua pada tahun 2021 dikatakan berlaku tanpa restu wali dan keluarga.
Sebelum berkahwin, isteri kedua didakwa melarikan diri dari rumah selama beberapa bulan, dan mereka akhirnya berkahwin setelah suami memfailkan permohonan wali enggan di mahkamah.
Sementara itu, pernikahan dengan isteri ketiga pula dilaporkan berlaku setahun lalu di Thailand, juga tanpa restu wali dan ahli keluarga pihak perempuan. Lebih mengejutkan, peguam tersebut mendakwa bahawa isteri pertama dan isteri ketiga diminta tinggal di rumah, manakala isteri kedua disuruh tinggal di kedai milik suami.
Tidak hanya itu, suami dikatakan tidak berlaku adil dalam pembahagian giliran bermalam dengan isteri-isterinya, dan sebarang pertanyaan mengenai perkara ini tidak dibenarkan. Isteri kedua pernah meminta penceraian melalui WhatsApp, namun telah kembali rujuk dengan suami.
Lebih mengejutkan, isteri kedua dikatakan telah dipukul oleh suami bersama isteri pertama. Isteri kedua didakwa tidak dapat melawan dan menganggap kekerasan itu sebagai pengorbanan dalam perhubungan.
Walaupun ramai yang memandang tinggi kepadanya, peguam tersebut menegaskan bahawa seorang suami yang tidak berlaku adil dalam poligami seharusnya tidak dijadikan ikutan atau contoh kepada orang ramai.
Selain itu, seorang individu turut mendakwa mempunyai bukti bahawa seorang anak perempuan telah dilarikan untuk tujuan poligami, serta menuduh berlaku kezaliman terhadap isteri kedua.
BACA: Tiada siapa mampu jadi Malaysia’s Godfather of Stand-Up Comedy macam Harith Iskander