Pempengaruh terkenal dengan tagline “Hitam Itu Premium” dan modifikasi kereta Perodua Bezza, Fendy Mojo,
Baru-baru ini berkongsi keterujaannya selepas dijemput untuk melihat projek terbaharu dari Perodua.
Dalam sebuah video berdurasi hampir satu minit, Fendy meluahkan rasa gementarnya ketika menerima jemputan daripada syarikat pengeluar kereta tempatan tersebut.
“Selama ini saya make up Bezza. Tiba-tiba Perodua panggil saya.
Saya rasa takut juga, sebab takut ada buat salah ke apa kan.
Tapi rupa-rupanya saya dapat jemputan istimewa untuk tengok sesuatu. Tapi saya seorang saja boleh tengok,” katanya.
Projek Rahsia Perodua
Fendy dibawa ke sebuah bilik gelap di ibu pejabat Perodua, di mana sebuah kereta berbentuk SUV, yang menyerupai Perodua Ativa, ditutup di hadapannya. Menurut Fendy, kereta tersebut telah dimodifikasi dengan konsep baharu oleh Perodua.
@fendymojo Perodua panggil aku tengok kereta project diorang yang paling rahsia. fuh mengancam. #hitampremium #fendymojo ♬ original sound – Fendymojo
Walaupun reka bentuk penuh masih dirahsiakan, Fendy berkongsi beberapa bahagian kereta itu melalui close-up, termasuk lampu hadapan, gril, lampu brek belakang, spoiler, lampu DRL, dan beberapa elemen lain.
“Jap sebelum sebut mengenai Perodua ini, saya macam ‘teracun’ dengan kereta Ativa ini. Anda semua rasa kalau modified kereta ini lawa tak? Kepada pemilik Perodua Ativa, cuba kongsi sedikit bayangkan kereta anda semua sudah siap modified. Saya nak tengoklah. Siapa dapat teka, memang powerlah,” tambahnya.
Spekulasi Netizen: Perodua Nexis atau EMO-II?
Berdasarkan teaser yang dikongsi Fendy, ramai warganet berpendapat bahawa Perodua sedang bersiap sedia melancarkan model SUV kedua mereka, yang dipercayai akan dinamakan Perodua Nexis.
Namun, ada juga yang berpendapat kereta itu mungkin merupakan kereta konsep Perodua EMO-II, sebuah sporty hatchback yang dijangka membuat debut di acara Kuala Lumpur International Mobility Show (KLIMS) minggu ini. Model EMO-II (Electric Motion Online) ini dikatakan sebagai hasil inovasi terbaru Perodua dalam kategori kereta elektrik.
Netizen Teruja Menantikan Pelancaran
Walaupun tiada pengesahan rasmi mengenai model terbaru ini, netizen sudah bersiap sedia dengan pembentukan Facebook Group khas untuk model tersebut. Jika benar Perodua Nexis bakal dilancarkan, ia pasti mencuri perhatian peminat automotif tempatan.
Acara KLIMS yang bakal berlangsung tidak lama lagi mungkin akan memberi jawapan kepada semua spekulasi ini.
BACA: Selepas China, Kapal selam Rusia pula ceroboh perairan laut china selatan