Pensyarah universiti meninggal dunia lepas tutup pagar rumah ketika banjir

Oleh JUNITA ABD RAHIM

Seorang pensyarah universiti di Hatyai meninggal dunia akibat renjatan elektrik

ketika menutup pagar hadapan rumahnya semasa banjir, lapor Thaiger.

Pegawai dari Pihak Berkuasa Elektrik Wilayah (PEA) cawangan Hatyai mendapati

Terdapat wayar terdedah berhampiran pintu pagar rumah mangsa, Narun Nattharom.

Penolong Profesor Dusit Suksawat menjelaskan bahawa wayar yang rosak menyebabkan arus elektrik mengalir ke pintu besi,

Pensyarah universiti meninggal dunia lepas tutup pagar rumah ketika banjir

dan mangsa yang memegang pagar tersebut ketika berdiri dalam air banjir mengalami kegagalan organ serta-merta.

Pemeriksaan juga mendapati masalah pendawaian berbahaya yang serupa di rumah-rumah lain di kawasan itu.

Oleh itu, PEA memotong bekalan kuasa ke kawasan kejiranan sehingga sistem yang rosak diganti, dan penduduk diberi amaran untuk mengelak daripada mengendalikan objek logam atau peranti elektrik ketika berada dalam air bertakung.

BACA: Raih perhatian netizen, Nora Danish kena ‘tebuk’ surah Al-Mulk