Makan menu yang sama setiap hari seperti ayam goreng kunyit atau ayam goreng tepung pasti membosankan.
Untuk kelainan, apa kata cuba ayam goreng pandan? Haruman daun pandan yang wangi pasti membangkitkan selera.
Resipi ini cukup mudah dan boleh disediakan sendiri tanpa perlu bergantung kepada chef.
Berikut adalah perkongsian dari laman Facebook Makcik Ratu:
“Saya tak rajin nak balut satu-satu ayam tu, jadi ini cara mudah buat ayam goreng pandan,” katanya.
Bahan-bahan:
- Isi ayam – 4 cawan (potong dadu, jangan terlalu kecil kerana ayam akan mengecut ketika digoreng).
- Serai – 2-3 batang (hiris nipis).
- Daun pandan – 5 helai (hiris).
- Kicap cair masin – 1 sudu sederhana.
- Kicap ikan/sotong – 1 sudu sederhana.
- Sos tiram – 2 sudu sederhana.
- Perasa – 1 sudu besar.
- Serbuk lada putih – ½ sudu kecil.
- Serbuk ketumbar – 1 sudu sederhana.
- Gula – 1 sudu sederhana.
Tepung jagung/beras – 2 sudu sederhana.
Santan pekat – 3 sudu sederhana.
Bahan kisar:
Bawang putih – 3-5 ulas.
Cili merah/cili besar – 1 batang.
Halia – 1 inci.
Akar ketumbar – beberapa tangkai.
Cara penyediaan:
Gaulkan isi ayam dengan semua bahan yang telah disediakan, termasuk bahan kisar. Perap selama 30 minit.
Panaskan minyak dan goreng ayam sehingga masak sempurna.
Siap! Kini anda boleh menikmati kelazatan ayam goreng pandan di rumah. Selamat mencuba!