Aku kerja sebab suami susah nak bagi nafkah ,biras pula perli bila aku cari ‘side income’ sampai jadi satu perkara ni

Oleh AHMAD SULAIMAN

Ada segelintir individu yang suka campur tangan dalam urusan rumah tangga orang lain, walaupun isu yang dibangkitkan bukanlah perkara besar.

Pendapat mereka sering kali disampaikan seolah-olah hanya pandangan mereka yang benar, sehingga menimbulkan salah faham dan ketegangan.

Seorang wanita berkongsi pengalaman tidak selesanya apabila birasnya sering mengambil tahu soal kewangan dia dan suami.

Berikut adalah luahannya yang diambil dari Facebook Geng Suri Rumah:

“Semalam mak mentua datang ke rumah. Dia dapat tahu saya buat pendapatan sampingan, jadi dia tanya berapa saya dapat setiap bulan.

Aku kerja sebab suami susah nak bagi nafkah ,biras pula perli bila aku cari ‘side income’ sampai jadi satu perkara ni

Saya jawab tak banyak, cukup untuk bayar yuran sekolah anak, kelas membaca, mengaji, dan makan-makan sikit.

Tapi biras saya terus menyampuk, katanya, ‘Tak kongsi ke untuk bayar komitmen? Kesian Angah bayar seorang.’ (Angah tu suami saya.)

Dia tak ada masalah sebab dia jururawat, dua-dua bekerja, anak pun hantar pengasuh. Tapi saya ni suri rumah. Suami tak izinkan saya bekerja, katanya susah nak uruskan anak. Anak saya pula ada keperluan khas, jadi saya memang penat uruskan dari pagi sampai malam.

Lepas tu mentua pula nasihatkan hidup kena saling melengkapi. Tapi mereka tak tahu, suami saya tak pernah hulur duit belanja, balik rumah main game, pinggan gelas pun tak pernah basuh, baju sehelai pun tak pernah lipat. Semua kerja rumah atas bahu saya.

Dia tak bagi saya kerja, tapi sekarang saya kena bayar separuh komitmen rumah? Pendapatan yang saya buat ni wajib ke saya kongsi dengan dia, sedangkan dia tak pernah hulur langsung? Saya dah penat urus rumah, buat kerja sampingan pun sendiri.

Mak mentua dan biras sibuk sangat hal duit saya, macam suri rumah ni berdosa pula kalau ada pendapatan sendiri.”*

Luahan ini menyentuh hati ramai netizen yang bersetuju bahawa pasangan suami isteri sepatutnya saling membantu dan menghormati peranan masing-masing.

BACA: Ketahui jenis roti sesuai dan bahaya untuk orang sedang diet