Timbalan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air, Akmal Nasrullah Mohd Nasir, berkata
walaupun harga yang ditetapkan untuk penjualan air mentah kepada Singapura sangat rendah
iaitu tiga sen bagi setiap 1,000 gelen, dari segi ekonomi, ia memberi impak positif kepada negara.
Kerajaan memutuskan untuk terus berpegang kepada Perjanjian Air 1962, yang menetapkan kadar jualan air mentah kepada Singapura,
Dan sebarang perubahan terhadap kadar tersebut perlu mengambil kira kesan terhadap kos pembelian air terawat
Dari negara jiran yang menjadi keperluan penting bagi negeri Johor
Menurut beliau, berdasarkan data dari Badan Kawal Selia Air Johor (BAKAJ), Johor kini membeli 16 juta gelen air terawat sehari pada harga 50 sen bagi setiap 1,000 gelen, jauh melebihi kuota yang diperuntukkan dalam perjanjian, iaitu hanya lima juta gelen sehari.
“Sebagai perbandingan, kos untuk merawat air tersebut jika dilakukan secara sendiri di Johor adalah sekitar RM1.80 untuk setiap meter padu. Jika kita tukarkan harga ini kepada kadar per gelen, ia bersamaan dengan 11 sen,” katanya.
Akmal menambah bahawa terdapat timbal balik ekonomi dalam perjanjian ini, dan sebelum sebarang keputusan dibuat atau sebarang perubahan dilakukan,
Johor perlu mencapai net zero dependency dengan keupayaan menghasilkan air terawat sendiri di negeri tersebut. Setelah itu, barulah kerajaan dapat menilai sebarang langkah baru berkaitan perjanjian tersebut.
Beliau berkata demikian pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat hari ini.
BACA: Teruk dikecam pakai baju kalimah Allah, artis Korea mohon maaf