Anggota kumpulan Kep1er, Yujin, tampil memohon maaf secara terbuka selepas teruk dikecam
susulan tindakannya mengenakan baju yang memaparkan kalimah Allah dan Muhammad.
Dalam kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak pengurusannya, KLAP Entertainment,
Yujin mengakui kesilapannya dan memaklumkan bahawa dia telah memadamkan gambar yang memaparkan baju tersebut dari semua platform media sosialnya.
“Saya mengakui kesilapan dan telah mengambil tindakan memadamkan semua gambar yang memaparkan baju tersebut dari media sosial saya.
Saya memohon maaf atas kekecohan dan ketegangan yang tercetus akibat kecuaian saya sendiri,” katanya dalam kenyataan tersebut.
Yujin turut berkongsi permohonan maaf itu melalui hantaran di laman Bubble pada hari Ahad.
Menyedari insiden tersebut memberi kesan kepada reputasi kumpulannya, Yujin berjanji untuk tidak mengulangi kesilapan yang sama di masa hadapan.
“Sebagai kumpulan yang mempunyai peminat dari seluruh dunia, saya berjanji tidak akan mengulangi kesalahan yang sama pada masa akan datang,” ujar Yujin.
Sebelum ini, tindakannya menggayakan baju yang tertera kalimah Allah, Muhammad dan imej Kaabah telah mengundang kemarahan netizen, terutama dalam kalangan penganut agama Islam.
Susulan itu, mereka mendesak agar Yujin membuat permohonan maaf secara terbuka atau berisiko menghadapi boikot.
BACA: ‘Saya terpaksa lari dari rumah..’ Pelakon terkenal jadi mangsa keganasan rumah tangga