‘Saya terpaksa lari dari rumah..’ Pelakon terkenal jadi mangsa keganasan rumah tangga

Oleh BURHANUDDIN ABD RAZAK

Sering menampilkan keceriaan di Instagram, pelakon dan model Zahnita Wilson mengejutkan ramai apabila berkongsi foto menunjukkan mata kirinya lebam.

Tanpa berselindung, Zahnita atau nama penuhnya Zahnita Dorothy Hussein Wilson, 39, mendakwa

kecederaan itu berpunca daripada tindakan suaminya, Abdul Zackery Ghouse, yang telah memukulnya.

“Saya terpaksa mendedahkan perkara ini. Saya sudah lama berdepan dengan masalah kekerasan rumah tangga,” katanya.

Menurut Zahnita, kejadian berlaku apabila dia bertanya kepada suaminya sama ada dia mempunyai hubungan dengan wanita lain.

'Saya terpaksa lari dari rumah..' Pelakon terkenal jadi mangsa keganasan rumah tangga

Namun, pelakon filem Kuliah Cinta ini berkata, suaminya tidak dapat menerima soalan tersebut dan bertindak mencederakannya.

“Saya dipukul hanya kerana bertanya tentang kemungkinan hubungan suami dengan wanita lain. Tapi dia langsung tak mahu berbincang,” luah Zahnita.

Dalam pada itu, Zahnita yang sudah 20 tahun berkahwin mendakwa terdapat beberapa individu yang muncul di kediaman ibunya di Kuantan, Pahang.

Menurutnya, individu-individu tersebut mendakwa mereka dari sebuah agensi dan ingin membawanya ke balai polis.

“Saya tak tahu agensi apa. Bila saya tanya mana laporan polis dan waran tangkap, mereka tak dapat jawab. Mereka cuma kata mahu mengambil kenyataan daripada saya,” jelas Zahnita.

Buat masa ini, Zahnita sedang menunggu ketibaan peguamnya dari Kuala Lumpur untuk berbincang mengenai langkah seterusnya berhubung kes ini.

BACA: Patutlah sambal belacan tak ‘menyengat’ sebab langkah pertama dah salah