Tak lengkap menikmati nasi campur tanpa sambal belacan.
Sambal ini bukan sekadar pelengkap, malah pembuka selera bagi ramai orang, termasuk mereka yang kurang gemar makanan pedas.
Walaupun kelihatan mudah disediakan, untuk mendapatkan rasa yang sempurna ada teknik dan petua tertentu yang perlu diikuti.
Bagi anda yang ingin mencuba membuat sambal belacan yang tahan lama dan menepati selera, berikut adalah resipi dari Afy al Habibi.
Bahan-Bahan:
- 2 genggam cili padi merah dan hijau
- 2 biji bawang merah bersaiz bola ping pong
- 1/4 biji bawang besar Holland
- 1 ulas bawang putih
- 2 inci belacan
- 3 sudu besar cuka
- 1/2 sudu kecil garam
- 2 sudu besar gula
- Sedikit air masak
- 2 biji limau nipis
Cara Penyediaan:
Bakar bahan utama
Bakar bawang merah, bawang Holland, bawang putih, dan belacan terlebih dahulu. Proses ini penting untuk menaikkan aroma dan rasa sambal.
Kisar bahan
Masukkan semua bahan yang telah dibakar ke dalam mesin pengisar.
Tambah perisa
Tambahkan cuka, garam, gula, dan sedikit air masak untuk memudahkan proses mengisar. Pastikan bahan tidak terlalu lumat.
Perah limau nipis
Akhir sekali, perah limau nipis sebelum dihidangkan.
Petua Penting:
Gunakan sudu yang kering setiap kali mengambil sambal untuk memastikan ia tahan lama dan tidak mudah rosak.
Sambal belacan ini bukan sahaja sesuai untuk dinikmati segera, tetapi juga boleh dijadikan stok dalam peti sejuk.
Selamat mencuba!
BACA: Ini harga kalau nak Salt Bae datang meja, cecah puluh riban ?