Ujian Akhir Sesi Akademik (UASA) adalah ujian peringkat sekolah yang dijalankan
sebagai sebahagian daripada Penilaian Berasaskan Sekolah (PBD) sumatif di akhir kalendar akademik
Gred markah bagi UASA dibahagikan kepada beberapa kategori, dan berikut adalah penjelasan lanjut mengenainya.
Ujian ini bertujuan untuk mengumpul maklumat mengenai tahap pencapaian akademik pelajar
serta kandungan yang telah dipelajari sepanjang sesi akademik.
GRED MARKAH UASA (UJIAN AKHIR SESI AKADEMIK)
Pelajar yang terlibat dalam UASA adalah seperti berikut:
– Tahap 2 Sekolah Rendah: Tahun 4, 5 dan 6
– Tahap 1 Sekolah Menengah : Tingkatan 1, 2 dan 3
Senarai mata pelajaran bagi Sekolah Rendah Tahap 2 adalah:
– Bahasa Melayu
– Bahasa Inggeris
– Matematik
– Sains
– Sejarah
Bagi Sekolah Menengah Tahap 1, terdapat 20 mata pelajaran yang terlibat:
– Bahasa Melayu
– Bahasa Inggeris
– Matematik
– Pendidikan Islam/Moral
– Sejarah
– Sains
– Geografi
– Asas Sains Komputer
– Reka Bentuk dan Teknologi
– Bahasa Arab
– Maharat al-Quran
– Al-Lughah/al-‘Arabiah, al-Mu’asirah
– Al-Syariah
– Usul Al-Din
– Bahasa Cina
– Bahasa Tamil
– Bahasa Punjabi
– Bahasa Kadazandusun
– Bahasa Iban
– Bahasa Semai
Pelaporan prestasi murid bagi PBD dan pencapaian ujian akan digabungkan dalam satu laporan.
Berikut adalah gred markah bagi UASA:
– 82% – 100% = Gred A = Cemerlang
– 66% – 81% = Gred B = Kepujian
– 50% – 65% = Gred C = Baik
– 35% – 49% = Gred D = Memuaskan
– 20% – 34% = Gred E = Mencapai tahap minimum
– 0% – 19% = Gred F = Belum mencapai tahap minimum
BACA: ‘Ajal, jodoh maut ditangan tuhan’ Ibu pengantin hembus nafas terakhir sebelum majlis akad nikah