‘Kontraktor dah nikmati pembayaran, tetapi kerja tak siap lagi’ DSV dedah sebab masih berhutang

Oleh CHE HUSNA KAMARUZZAMAN

Usahawan kosmetik terkenal, Datuk Seri Vida, akhirnya memberikan kenyataan berhubung dakwaan hutang melebihi RM1 juta

kepada syarikat pembinaan Ah Design Communication sejak tahun 2018.

Menurut laporan Kosmo, Vida menjelaskan bahawa kontraktor tersebut sebenarnya telah menerima sebahagian bayaran,

Namun kerja-kerja pembinaan masih tidak disiapkan seperti yang dijanjikan.

“Biasanya projek perlu dibayar dahulu sebelum tuntutan dibuat.

'Kontraktor dah nikmati pembayaran, tetapi kerja tak siap lagi' DSV dedah sebab masih berhutang

Dalam kes saya, kontraktor sudah menikmati wang tersebut, tetapi kerja masih belum siap,” katanya.

Peguam dan Vida Cabar Tuntutan Sita Aset Mewah

Dalam perkembangan berkaitan, peguam Datuk Seri Vida sebelum ini memaklumkan bahawa pihaknya akan mencabar tuntutan perintah sita yang melibatkan beberapa aset mewah miliknya, termasuk empat kenderaan mewah.

Tindakan ini diambil untuk memastikan aset tersebut tidak dirampas selagi proses perundangan masih berjalan.

Minta Orang Ramai Bersabar
Sebelum ini, Vida turut meminta orang ramai agar bertenang sementara menunggu sidang media khas yang dijadualkan akan diadakan dalam masa terdekat.

“Saya kini berada di luar negara. Saya akan memberikan penjelasan penuh sebaik sahaja pulang,” katanya.

BACA: Iqbal tampil perjelas punca DSV ditipu kontraktor