Penyanyi dan usahawan kosmetik, Iqbal Zulkefli, tampil memberi pandangan mengenai isu penyitaan
kediaman mewah milik usahawan kosmetik terkenal, Datuk Seri Vida (DSV), yang berlaku pada Isnin.
Menerusi satu hantaran di Insta Stories, Iqbal mendedahkan bahawa beliau pernah terlibat secara langsung
Dalam proses perbincangan dan pembinaan kediaman tersebut.
“Saya Ada Ketika Perbincangan Proses Pembinaan”
Menurut Iqbal, beliau sering hadir semasa perbincangan berkaitan pembinaan kediaman itu dan turut menyimpan dokumen konsep serta pelan bangunan.
“Berkenaan rumah Datuk Seri Vida disita, minta maaf saya mencelah sedikit. Ketika proses pembinaan bangunan tersebut, saya ada setiap kali perbincangan dan berulang kali ke sana. Konsep, pelan bangunan tersebut pun masih saya simpan,” tulis Iqbal di Instagram.
“Jutaan Ringgit Dilabur, Tetapi Tidak Disiapkan”
Iqbal turut mendedahkan bahawa DSV telah melaburkan jutaan ringgit untuk projek tersebut. Namun, kediaman itu tidak disiapkan seperti yang dirancang. Bahkan, pihak pereka dalaman dilaporkan hilang tanpa sebarang penjelasan.
“Untuk reka bentuk sahaja, jutaan ringgit DSV laburkan, tetapi tidak siap dibina. Malah pihak interior designer hilang mengejut waktu itu. Sedangkan modal besar sudah dilaburkan. Akibatnya, rumah itu terbiar begitu sahaja, dengan keadaan seperti tandas pun tidak dibina dengan baik,” katanya.
Bersuara Atas Dasar Simpati dan Tanggungjawab
Iqbal menegaskan bahawa niatnya bersuara bukan untuk mencampuri urusan peribadi DSV, tetapi sebagai seseorang yang pernah rapat dan menyaksikan proses pembinaan tersebut, beliau merasa simpati dan bertanggungjawab untuk menjelaskan situasi.
“Minta maaf, bukan niat saya mencelah. Cuma sebagai orang yang pernah rapat dan ada di saat proses tersebut, saya rasa bertanggungjawab dan simpati.
Saya percaya peguam DSV sekarang (yang juga merupakan peguam saya) mampu menyelesaikan perkara ini dengan baik. Insya-Allah,” jelas Iqbal.
BACA: Cara kerja pun dapat gaji? ramai tak tahu Perkeso sedia manfaat ini