Cara kerja pun dapat gaji? ramai tak tahu Perkeso sedia manfaat ini

Oleh BURHANUDDIN ABD RAZAK

Masih terdapat ramai pencari kerja yang belum menyedari bahawa mereka layak untuk menerima

Elaun Mencari Kerja (EMK) yang ditawarkan oleh Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO).

Menurut Pengarah PERKESO negeri, Abd Razak Omar, kebanyakan pencari kerja menyangka bahawa insentif ini hanya diberikan kepada pencarum PERKESO

Kekeliruan ini menyebabkan ramai daripada mereka tidak membuat permohonan untuk mendapatkan elaun tersebut.

Kelayakan Elaun Mencari Kerja

Cara kerja pun dapat gaji? ramai tak tahu Perkeso sedia manfaat ini

“Mana-mana pencari kerja yang diberhentikan layak memohon elaun ini selagi memenuhi syarat yang ditetapkan,” jelasnya.

Lebih menarik, bermula tahun ini, graduan turut layak untuk memohon elaun tersebut. Permohonan dibuka sehingga Disember tahun ini.

Abd Razak menyatakan perkara ini semasa Majlis Pelancaran Mini Karnival Jamin Kerja Asahan 2022 dan program Outreach Kerjaya Negeri,

yang dirasmikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Asahan, Fairul Nizam Roslan, di Pusat Komuniti Desa Asahan pada 26 Mac lalu.

Proses Permohonan dan Pembayaran

Elaun Mencari Kerja akan terus dibayar kepada individu yang telah mendaftar dengan PERKESO, walaupun mereka gagal mendapatkan pekerjaan selepas menghadiri sesi temuduga.

“Selepas mendaftar dengan PERKESO, mereka perlu menghadiri sekurang-kurangnya tiga sesi temuduga. Mereka boleh menghadiri karnival kerja yang dianjurkan untuk menjalani temuduga tersebut.

“Kami bukan sahaja menyediakan peluang temuduga, tetapi juga memberi elaun kepada mereka. Saya berharap golongan ini tidak melepaskan peluang yang telah disediakan,” katanya.

BACA: Ramai main telan tapi tak sedar bahagian pada ayam ini sebenarnya beracun