Apabila bergaduh, jangan biarkan perasaan menguasai diri kerana nanti kita akan menyesal di kemudian hari, tidak kira lelaki atau wanita.
Lebih-lebih lagi jika sudah berkahwin, jangan terburu-buru minta cerai hanya kerana cemburu yang tidak berasas.
Seorang wanita meluahkan rasa rindu terhadap bekas suaminya setelah berkali-kali meminta cerai kerana tidak dapat mengawal kemarahan.
“Saya rindu bekas suami saya. Kami bercerai selepas saya melahirkan anak lelaki sulung kami, dan sekarang anak saya sudah berusia dua tahun.
Punca perpisahan ini datang dari diri saya sendiri kerana saya terlalu cemburu.
Selepas berkahwin, setiap hari saya marah pada suami atas alasan yang tidak munasabah.
Saya selalu menyebut ‘aku nak cerai’ sampai akhirnya suami saya tidak tahan dan menceraikan saya. Ketika itu, saya langsung tidak merasa sedih, malah saya pisahkan anak kami yang baru berusia lima bulan daripada bekas suami.
Saya tidak izinkan dia berjumpa anak kami. Selepas itu, bekas suami saya kecewa dan menghilangkan diri. Sejak itu, sudah lebih setahun dia tidak pernah menghubungi saya dan anak. Nombor telefon lama dia juga sudah tidak aktif, dan saya tidak tahu dia berada di mana. Pada masa itu, barulah saya sedar.
Kini, saya rindu dia dengan sangat. Baru sekarang saya rasa sayang padanya. Saya terfikir jika saya pergi ke rumah keluarga bekas mentua untuk cuba menghubungi bekas suami, adakah mereka akan marah?
Dulu, ibu mertua saya sangat kecewa ketika saya pisahkan anak kami dengan bekas suami, sehingga beliau menangis. Sejak itu, kami tidak lagi berhubung.
Sekarang, sudah terlambat untuk menyesal. Jadi, jagalah emosi selepas berkahwin dan jangan terlalu ikutkan perasaan hati.”
BACA: Ini sebab kenapa tingkap pesawat berbentuk bujur bukan petak