Doktor ini ajar cara selamat nak kaya masuk RM100 boleh dapat RM100,000

Oleh MOHD FAHMI MUSTAQIM

Trending di media sosial kini adalah konsep pelaburan yang dikenali sebagai unit trust atau unit amanah.

Walaupun begitu, ramai yang masih skeptikal terhadap kaedah pelaburan ini kerana kurangnya pemahaman, malah ada yang menganggapnya sebagai penipuan atau scam.

Dalam satu perkongsian di TikTok, pempengaruh kewangan Dr. Adam Zubir memberikan penjelasan lebih lanjut

mengenai pelaburan amanah saham. Menurut beliau, pelaburan ini menggunakan teknik yang dikenali sebagai leverage.

“Leverage dalam amanah saham membolehkan kita menggandakan wang dengan bantuan pihak lain.

Doktor ini ajar cara selamat nak kaya masuk RM100 boleh dapat RM100,000

Konsep leverage dalam pelaburan ini adalah sah di sisi undang-undang,” jelas Dr. Adam.

Menurut Dr. Adam, dalam pelaburan amanah saham, pelabur akan meletakkan wang mereka dalam satu dana yang akan diuruskan oleh pengurus dana.

Pengurus dana ini akan menentukan ke mana dana tersebut dilaburkan dan apabila mendapat keuntungan, ia akan diagihkan kembali kepada pelabur.

Pengurus dana ini dikawal selia sepenuhnya oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC).

“Berbeza dengan pelaburan yang sering kita temui di platform seperti Telegram, yang kebanyakan merupakan penipuan

. Pelaburan amanah saham ini boleh dibuat di kebanyakan bank utama di seluruh negara,” tambah Dr. Adam yang berkelulusan dalam bidang perubatan.

Dr. Adam juga mengajak orang ramai untuk mencuba melabur dalam amanah saham. “Ini adalah cara yang baik untuk menggandakan wang.

Sebagai contoh, jika anda mula melabur pada usia 30 tahun, InsyaAllah pada usia 55 tahun, anda boleh mempunyai hampir RM100,000 dalam simpanan.”

Langkah-langkahnya adalah mudah: buka akaun amanah saham persendirian, mulakan dengan pelaburan minimum RM100, dan tetapkan penolakan auto-debit RM100 setiap bulan.

Jika konsisten, mencapai RM100,000 itu bukan sesuatu yang mustahil,” jelas Dr. Adam.

BACA: Cara terbaru makan kurma dengan butter, tambah sikit ini untuk rasa lemak-lemak masin