Satu rakaman di TikTok memaparkan seorang mangsa banjir menunaikan solat
Di dalam air bah yang keruh mengundang perdebatan ramai.
Rakaman itu beredar di media sosial dan diulang siar di platform X.
Individu dalam rakaman itu dilihat mendirikan solat ketika air di paras lutut.
Dia juga melakukan sujud di dalam air sehingga menerima banyak kecaman kerana melakukan ‘content’ kurang bijak untuk meraih perhatian.
Ramai yang menyelar tindakan itu kerana diibarat mempermainkan agama.
“Menunjuk kelakuan bangang demi content. Orang macam ini yang buat Islam dipandang rendah dan diperlekeh,” ciap seorang netizen menggunakan nama Abang Aji.
Bagaimanapun masih ada juga yang mempertahankan individu itu dengan beranggapan “sekurang-kurangnya dia menunaikan solat”.
“Air banjir tu air kotor bang. Kau solat lah 5 rakaat sekalipun, mana mau sahnya. Aku lah baran betul kalau jenis bangang tak ada tolok bandingnya ni,” kata pengguna X.
Video itu sehingga kini meraih lebih 220k tontonan.
Baca juga: Ini sebab kenapa tingkap pesawat berbentuk bujur bukan petak