Mekanik bongkar tabiat buruk pemandu, punca kereta cepat rosak

Oleh AHMAD SULAIMAN

Kereta, sebagai aset berharga, pastinya dijaga rapi seperti menatang minyak yang penuh

. Namun, tabiat buruk yang sering diabaikan boleh menyebabkan kerosakan pada komponen utama dalam enjin kereta tanpa disedari.

Sebuah perkongsian di TikTok dari bengkel kereta Altimat Saujana Putra

Beliau membincangkan beberapa amalan yang boleh merosakkan kereta:

Sengaja Berlengah Isi Minyak Kereta

Mekanik bongkar tabiat buruk pemandu, punca kereta cepat rosak
Apabila lampu amaran pada papan pemuka menyala, ia menandakan minyak hampir habis. Jangan bertangguh untuk ke stesen minyak.

Jika tangki minyak dibiarkan kosong terlalu lama, habuk dan kotoran boleh disedut ke dalam pam, menyebabkan injap tersumbat. Sekali rosak, kos pembaikan pasti tinggi.

Tekan Brek Secara Mengejut

Membrek secara mengejut boleh menyebabkan sistem brek cepat panas, pad brek cepat haus, dan cakera brek mudah menipis.

Jika amalan ini berterusan, penyelenggaraan yang lebih kerap diperlukan, sekaligus meningkatkan kos. Biasakan diri untuk membrek secara perlahan dan lembut.

Abaikan Bunyi Pelik

Jika tubuh anda mula menunjukkan simptom seperti demam atau batuk, itu tanda badan sedang sakit.

Sama juga dengan kereta. Jika kedengaran bunyi pelik, jangan abaikan kerana ia mungkin menandakan kereta mengalami masalah. Segera bawa ke bengkel untuk pemeriksaan lanjut.

Kerap Angkut Muatan Berlebihan

Sesuaikan muatan dengan kapasiti kenderaan. Jika anda memandu kereta kecil seperti Axia, elakkan membawa beban yang berlebihan seperti kenderaan pacuan empat roda.

Berat berlebihan boleh merosakkan suspension, menjadikan penggunaan bahan api kurang efisien, dan membebankan sistem brek.

BACA: Dua pelajar perempuan kolej vokasional dipaksa tanggal pakaian depan kamera