Ini harga kalau nak Salt Bae datang meja, cecah puluh riban ?

Oleh AHMAD SULAIMAN

Pernah tular dengan gaya uniknya menaburkan garam ke atas daging, Salt Bae, atau nama sebenar Nusret Gökçe

Beliau  juga dikenali dengan harga makanan yang sangat mahal di restorannya.

Walaupun harga yang ditawarkan agak tinggi, ramai yang tetap ingin merasai pengalaman makan di restorannya dan berjumpa dengan Salt Bae secara langsung.

Baru-baru ini, tular di TikTok seorang pengguna dengan lebih 30k pengikut, @daddymin89, yang mencuba daging di restoran Nusr-Et Steakhouse.

Dalam video tersebut, dapat dilihat Salt Bae datang ke meja makan pelanggan itu untuk memotong daging dan menaburkan garam.

Ini harga kalau nak Salt Bae datang meja, cecah puluh riban ?

Pengguna media sosial tersebut kelihatan teruja, duduk semeja dengan enam individu lain, menikmati pengalaman dijamu oleh Salt Bae sendiri.

@daddymin89Tak ramai org malaysia dpt jmpa salt bae ni .. #saltbae nurs-et #dubai🇦🇪

♬ original sound – Daddymin – Daddymin

“Tak sabar ni, tapi takut juga, takut mahal gila,” ujar pemuda itu, yang kelihatan teruja melihat Salt Bae melayan pelanggan di meja sebelah.

Dalam video tersebut, dia juga berkongsi maklumat mengenai harga untuk menikmati layanan Salt Bae. “Kalau korang nak makan dengan Salt Bae datang ke meja, harga dia RM10,000. Total yang dibayar malam ni RM13,000. Untuk panggil Salt Bae, dia ada special menu, minimum harga 5k dirham (RM6,078), tapi ada juga menu biasa yang lebih murah,” jelasnya.

Namun, dari segi rasa, pemuda itu mengakui bahawa mungkin lebih baik mencari kedai steak yang lebih murah. “Untuk rasa, lebih baik beli daging steak dengan harga lebih murah dekat tempat lain. Di sini, datang untuk vibe sahaja, tapi bagi saya, harga dia agak mahal,” tambahnya.

Rata-rata netizen, walaupun cemburu, mengakui itu adalah rezeki pemuda tersebut yang berpeluang merasai pengalaman makan mewah.

“Aku ada la nak beli satu kereta second-hand harga RM13k… setahun dua dari sekarang mungkin cukup la tu… dia boleh habiskan RM13k tak sampai setengah jam. Aturan rezeki Allah tu berbeza, aku lama lagi.

RM13k untuk orang kaya macam RM13 je, simpanan dia berjuta, kalau kita RM13 ribu tu rasa banyak sangat,” antara komen netizen

BACA: Graduan bertindak berani kibar bendera ‘tembikai’ ketika konvokesyen undang pujian netizen