Graduan bertindak berani kibar bendera ‘tembikai’ ketika konvokesyen undang pujian netizen

Oleh AHMAD SULAIMAN

Seorang graduan baru-baru ini mendapat pujian kerana berani mengenakan bendera Palestin di bahunya

semasa Majlis Konvokesyen Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) ke-52.

Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh graduan berkenaan, Ahmad Syahrul Aidhil Muhammad, di laman TikToknya,

Beliau kelihatan bangga membawa bendera Palestin ketika mengambil skrol di atas pentas.

Ahmad Syahrul, yang baru sahaja menamatkan pengajian sarjana muda dalam Pengajian Islam dengan kepujian, berkata

Graduan bertindak berani kibar bendera 'tembikai' ketika konvokesyen undang pujian netizen

Tindakan beliau tersebut mendapat tentangan daripada salah seorang pendidik yang berada berhampiran.

Namun, beliau tetap berpegang pada pendiriannya dan terus berjalan ke atas pentas. Sebaik sahaja namanya diumumkan, Ahmad Syahrul menerima sorakan daripada graduan lain serta para tetamu yang hadir.

Di ruangan komen, ramai netizen memberi penghormatan kepada tindakan berani Ahmad Syahrul, yang dianggap luar biasa kerana tiada graduan lain yang melakukan perkara yang sama semasa majlis yang penuh adat itu.

Tidak ketinggalan, ramai juga yang mengucapkan tahniah kepada Ahmad Syahrul atas kejayaan beliau dalam mengenggam segulung ijazah, dan mendoakan agar segala urusan beliau dipermudahkan.

BACA: Hanya kerana beli iPhone di Singapura, 2 rakyat Malaysia ditahan