Hanya kerana beli iPhone di Singapura, 2 rakyat Malaysia ditahan

Oleh MOHD FAHMI MUSTAQIM

Kini, selain dadah, kegiatan ‘keldai’ yang ditugaskan membeli barangan secara haram turut menjadi isu yang semakin membimbangkan.

Baru-baru ini, pekerja jualan di Singapura berjaya mengesan satu kes yang melibatkan warga Malaysia,

Di mana seorang lelaki cuba membeli empat buah iPhone 16 Pro Max secara mencurigakan.

Pada 8 November, lelaki berkenaan dilaporkan cuba membeli empat iPhone 16 Pro Max dengan nilai melebihi $7,500 (~RM24,837) di outlet Best Denki di Parkway Parade.

Namun, pekerja dan pengawas kedai menyedari sesuatu yang mencurigakan apabila kad digital bank yang digunakan oleh lelaki tersebut berasal dari Bank of America, sebuah bank antarabangsa.

Hanya kerana beli iPhone di Singapura, 2 rakyat Malaysia ditahan

Ketika diminta untuk menunjukkan kad fizikal bank, lelaki tersebut enggan memberikan maklumat dan meninggalkan kedai itu. Perbuatan tersebut segera dilaporkan kepada pihak berkuasa, yang kemudian menjalankan siasatan lanjut.

Hasil siasatan oleh Polis Beduk, dua individu yang disyaki terlibat dalam kes ini berjaya ditahan. Mereka adalah Quek Jian Qing, 21, dan Yong Huo Ying, 24, yang masing-masing merupakan rakyat Malaysia.

Pihak berkuasa percaya sindiket ini menggunakan data kad bank yang dicuri melalui penipuan pancingan data dan kemudian merekrut keldai untuk membeli barangan elektronik atau mewah di Singapura. Barangan tersebut kemudiannya dijual dengan segera untuk mendapatkan wang tunai sebelum mereka meninggalkan negara itu.

Sindiket ini menggunakan aplikasi pembayaran telefon mudah alih yang menyamar sebagai dompet elektronik sah bagi membuat transaksi tanpa sentuhan.

Mangsa hanya menyedari kad bank mereka telah dicuri apabila menerima pemberitahuan transaksi tidak sah melalui SMS.

Kegiatan keldai seperti ini bukanlah perkara baru. Ia sudah beberapa kali berlaku dan menyebabkan kerugian yang mencecah ratusan ribu ringgit.

Kebanyakan yang terlibat dalam kes ini akan didakwa atas kesalahan penipuan dan pemalsuan maklumat.

BACA: Harap dapat selesai dengan profesional, DSV akhirnya buka mulut jawab harta disita