Harap dapat selesai dengan profesional, DSV akhirnya buka mulut jawab harta disita

Oleh INFORAKYAT

Usahawan kosmetik terkenal, Datuk Seri Vida, memohon diberikan ruang untuk menyelesaikan

isu penyitaan kediaman serta empat kenderaan mewah miliknya selepas gagal melunaskan hutang melebihi RM1 juta.

Datuk Seri Vida, atau nama sebenarnya Hasmiza Othman, 53, memaklumkan bahawa beliau telah melantik peguam untuk membantu menyelesaikan masalah tersebut.

“Saya mengambil isu ini dengan serius dan akan memberikan sepenuh perhatian terhadap perkara yang dibangkitkan.

“Saya telah melantik peguam untuk menasihati serta membantu saya menyelesaikan perkara ini dengan cara terbaik

Harap dapat selesai dengan profesional, DSV akhirnya buka mulut jawab harta disita

mengikut lunas undang-undang,” katanya dalam kenyataan melalui media sosialnya malam tadi.

Beliau turut merakamkan penghargaan atas sokongan yang diberikan oleh pelbagai pihak dan berharap semua pihak dapat memberinya ruang untuk menangani masalah ini secara tenang dan profesional.

Terdahulu, media melaporkan bahawa barang-barang rumah serta empat kenderaan mewah milik Datuk Seri Vida di Ipoh telah disita berikutan kegagalan melunaskan tunggakan pembayaran berjumlah RM1,060,285.

Tunggakan tersebut dikaitkan dengan kos ubah suai bangunan kilangnya di Shah Alam, Selangor, yang dijadikan studio pada tahun 2018.

Perintah penyitaan dikeluarkan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur. Datuk Seri Vida kini berusaha menyelesaikan isu tersebut dengan kerjasama peguam yang dilantik.

BACA: Contohi PMX jadi sebab Hafiz Mahamad dan isteri tak ambil gaji 6 bulan?