Contohi PMX jadi sebab Hafiz Mahamad dan isteri tak ambil gaji 6 bulan?

Oleh MOHD FAHMI MUSTAQIM

Usahawan dan personaliti media sosial terkenal, Hafiz Mahamad, sekali lagi mencuri perhatian ramai dengan kisah pengorbanannya bersama isteri, Syafiqah Aina.

Dalam sebuah video yang dikongsikan di Instagram, Hafiz mendedahkan usaha mereka untuk memastikan

kebajikan pekerja sentiasa terjaga, walaupun terpaksa berkorban dari segi kewangan.

Enam Bulan Tanpa Gaji

Hafiz dan Aina mengakui mereka sudah enam bulan tidak mengambil gaji daripada perniagaan mereka.

Contohi PMX jadi sebab Hafiz Mahamad dan isteri tak ambil gaji 6 bulan?

Langkah ini dibuat bukan kerana masalah kewangan, tetapi untuk memotivasi diri dan memberi tumpuan kepada kesejahteraan pekerja.

“Enam bulan saya dan Aina tak ambil gaji dari perniagaan kami. Alhamdulillah, perniagaan berjalan lancar, tetapi ini cara kami memotivasikan diri untuk bekerja lebih bersungguh-sungguh,” katanya.

Hafiz juga berkongsi inspirasi daripada nasihat seseorang: “Jika di atas ikat perut, ramai di bawah akan rasa senangnya.”

Simpanan Pekerja Meningkat Hingga RM40k
Pengorbanan pasangan ini memberi kesan besar kepada pekerja mereka. Hafiz mendedahkan beberapa pekerja kini mampu menyimpan sehingga RM20,000 hingga RM40,000 hasil bonus dan token yang diberikan.

“Minggu lepas, ada staf tunjukkan simpanan mereka kepada saya. Mereka kata, ‘ini duit yang disimpan daripada bonus dan token kerja di sini.’ Saya sangat terkejut dan bersyukur mereka boleh menyimpan sebanyak itu,” ujarnya.

Kemudahan Lengkap untuk Pekerja
Selain bonus dan token, Hafiz turut menyediakan pelbagai kemudahan kepada pekerjanya, termasuk makanan percuma di pejabat, rumah untuk pekerja lelaki dan perempuan, elaun bersalin, bantuan taska, dan lain-lain.

“Mereka sangat berdedikasi sepanjang bekerja. HR kami tidak pernah terima tuntutan kerja lebih masa. Tapi itu bukan alasan untuk kami ambil kesempatan. Cara saya, saya akan minta akauntan bayar lebih daripada kadar OT sepatutnya,” tambahnya.

Inspirasi Kepada Usahawan Muda

Pada usia 31 tahun, Hafiz membuktikan bahawa kejayaan tidak hanya diukur melalui keuntungan, tetapi juga bagaimana kita menjaga kebajikan orang di sekeliling kita.

Langkah ini menjadikan Hafiz dan Aina contoh teladan bagi usahawan muda yang ingin membina perniagaan berteraskan keprihatinan dan kesejahteraan bersam

BACA: Mengidam mee sizzling? Ini resipi mudah buat di rumah pasti sedap