Pengurus jabatan menang saman lebih 200k dipecat kerana tidur di pejabat

Oleh AHMAD SULAIMAN

Seorang lelaki yang dipecat kerana tertidur selama satu jam di pejabat berjaya

Memperoleh pampasan ratusan ribu ringgit selepas membawa kes itu ke mahkamah.

Lelaki tersebut, Zhang, seorang pengurus jabatan di sebuah syarikat kimia di Jiangsu, China, terpaksa bekerja sehingga lewat malam pada hari sebelumnya.

Zhang telah menunjukkan dedikasi tinggi sepanjang 20 tahun perkhidmatannya di syarikat tersebut.

Namun, pada hari kejadian, Jabatan Sumber Manusia mendapati Zhang tertidur selama satu jam di mejanya.

Pengurus jabatan menang saman lebih 200k dipecat kerana tidur di pejabat

Berikutan itu, syarikat mengeluarkan notis pemecatan rasmi atas alasan pelanggaran serius terhadap peraturan syarikat, selepas mendapat persetujuan kesatuan buruh.

Merasa tindakan tersebut tidak adil, Zhang memfailkan tuntutan di mahkamah. Dalam perbicaraan, mahkamah menilai bahawa walaupun majikan berhak menamatkan kontrak pekerja kerana pelanggaran peraturan, ia harus memenuhi syarat tertentu, termasuk membuktikan kerugian besar yang ditanggung syarikat.

Hakim Mahkamah Rakyat Taixing, Ju Qi, menyatakan bahawa kesalahan Zhang adalah kali pertama dan tidak menyebabkan kerugian besar kepada syarikat. Tempoh perkhidmatan 20 tahun Zhang yang cemerlang, disertai dengan kenaikan pangkat dan gaji, juga diambil kira. Mahkamah mendapati bahawa pemecatan tersebut adalah tindakan keterlaluan dan tidak munasabah.

Akhirnya, mahkamah memihak kepada Zhang dan mengarahkan syarikat membayar pampasan sebanyak 350,000 yuan, bersamaan kira-kira RM215,863.