Penumpang kecewa bayar tambang untuk naik kapal terbang tetapi yang dapat hanya bas

Oleh MOHD FAHMI MUSTAQIM

Beberapa juruterbang dan pembantu juruterbang enggan meneruskan penerbangan Air India,

Dengan alasan mereka terlalu keletihan, lapor portal berita Independent kelmarin.

Penerbangan Air India dari Paris ke New Delhi itu pada mulanya dilencongkan disebabkan oleh cuaca berjerebu yang teruk di Delhi,

yang menyebabkan juruterbang menghadapi kesukaran untuk mendarat kerana jarak penglihatan yang sangat terhad.

Penerbangan AI-2022 yang berlepas dari Paris pada pukul 10 malam (waktu tempatan) Ahad lalu, dijadualkan tiba di New Delhi pada pukul 10.35 pagi Isnin lepas.

Penumpang kecewa bayar tambang untuk naik kapal terbang tetapi yang dapat hanya bas

Namun, pesawat tersebut terpaksa dilencongkan ke Jaipur, Rajasthan pada pagi Isnin, disebabkan keadaan jerebu di ibu negara India, dan juruterbang tidak mempunyai latihan untuk mendarat dalam situasi dengan jarak penglihatan yang terhad, menurut sumber.

Keadaan semakin buruk apabila juruterbang menolak untuk meneruskan penerbangan, mengutip alasan keletihan serta peraturan Had Masa Tugas Penerbangan (FDTL) yang menetapkan garis panduan mengenai waktu rehat, lapor portal berita NDTV.

Walaupun Air India tidak mengeluarkan kenyataan rasmi, sumber yang sama menyatakan bahawa penyediaan penerbangan alternatif akan mengambil masa yang lebih lama berbanding dengan membawa penumpang ke Delhi dengan bas.

Sebagai alternatif, syarikat penerbangan itu menghantar semua penumpang AI-2022 ke New Delhi dengan bas dari Jaipur. Insiden ini menyebabkan kemarahan di kalangan pelancong, terutama mereka yang membawa anak kecil.

BACA: ‘Makanan baru sampai tapi sejuk’ Ust Sophian tegur Pak Mat Western