Tular video aduan pakej ‘travel’, rupanya ada plot twist

Oleh MUHAMMAD KHAIRY JALALUDDIN

Korea Selatan sememangnya menjadi destinasi percutian pilihan rakyat Malaysia, terutamanya bagi peminat budaya dan industri hiburan negara itu

Banyak agensi pelancongan menawarkan pakej menarik ke Korea Selatan, termasuk pakej yang disediakan

oleh seorang TikToker terkenal Malaysia yang kini menetap di sana, Kim Seri.

Video Tular Dedahkan Masalah Perkhidmatan

Namun, baru-baru ini, sebuah video tular di media sosial mendakwa bahawa pakej pelancongan yang ditawarkan oleh Kim Seri tidak berbaloi dan pengurusannya lemah.

Tular video aduan pakej 'travel', rupanya ada plot twist

Video tersebut mendapat perhatian ramai, dengan ruangan komen penuh dengan luahan dan pendedahan pengalaman buruk beberapa pelanggan yang menggunakan perkhidmatannya.

Pengakuan Dan Permohonan Maaf

Susulan kontroversi itu, Kim Seri tampil di laman TikTok miliknya untuk mengakui kelemahan yang berlaku dalam pengurusan pakej pelancongan yang ditawarkan. Beliau dengan rendah hati memohon maaf secara terbuka kepada semua yang terkesan.

“Berikan saya sedikit masa untuk memulihkan kembali segala kekurangan dan kelemahan tersebut dengan segala kekuatan yang masih bersisa. Terima kasih atas segala kritikan membina.

Cats 21

Mohon maaf lagi sekali atas kekurangan yang ada,” tulis Kim Seri.

Reaksi Netizen

Hantaran tersebut menerima pelbagai reaksi daripada netizen. Ramai yang memberi nasihat agar Kim Seri lebih fokus dalam perniagaannya dan memastikan pengalaman pelanggannya menjadi keutamaan.

BACA: ‘Makanan baru sampai tapi sejuk’ Ust Sophian tegur Pak Mat Western