Usahawan kosmetik dikenali sebagai Madammu berjaya mencuri perhatian ramai,
Baru-baru ini selepas membuat pendedahan mengejutkan mengenai isu nafkah.
Mana tidaknya, pemilik nama sebenar Eriyca Baiduri itu mengakui sudah hampir lapan tahun
Beliau tidak menerima nafkah daripada suaminya yang dikenali peminat dengan gelaran ‘TP’.
Ahli perniagaan berusia 34 tahun terbabit menjelaskan bahawa perkara itu berlaku di atas persetujuannya sendiri selepas memperolehi pendapatan dikatakan lebih tinggi daripada suaminya.
Perkara itu didedahkan oleh Madammu dalam satu sesi siaran langsung yang sempat dirakamkan oleh seorang pengguna TikTok sebelum dimuat naik semula menerusi platform berkenaan.
“Kalau nak bercerita mengenai duit raya atau nafkah, saya rasanya sudah hampir lapan tahun kot tak terima apa-apa nafkah daripada TP. Namun itulah apa yang Madammu persetujui daripada awal.
“Masa mula-mula berkahwin, saya masih bergelar pelajar. TP memang berikan duit belanja kepada saya. Tetapi apabila sudah bekerja dan menceburi bidang perniagaan, duit yang saya perolehi lebih banyak daripada dia.
“Perniagaan saya lebih besar daripada dia masa itu. Jadi saya cakap dekat dia tak perlu berikan duit lagi. Sebab saya sudah ada banyak duit,” kata Madammu dalam nada berseloroh.
Dalam perkongsian yang sama, Madammu memberitahu bahawa dirinya meminta suaminya untuk memberi fokus kepada ahli keluarga termasuk ibu bapa dan adik-beradik terlebih dahulu dalam berbelanja.
Sekadar info, Madammu mula menceburi dalam bidang perniagaan menerusi jenama kosmetiknya sendiri sejak tahun 2017.
Baca juga: Pelancong berang ditipu pondan disangkakan wanita, enggan bayar perkhidmatan