Proses penggantian kad pengenalan atau MyKad yang telah melebihi 12 tahun kini berada dalam fasa terakhir untuk dimuktamadkan.
Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Shamsul Anuar Nasarah, memaklumkan
Bahawa Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) akan melaksanakan langkah tersebut.
Menurut beliau, penggantian kad pengenalan baharu ini bertujuan untuk memastikan ia dilengkapi dengan ciri keselamatan yang lebih tinggi,
lebih selamat, dan dipertingkatkan selari dengan perkembangan teknologi keselamatan terkini.
“Pengeluaran kad pengenalan baru ini akan menggantikan kad pengenalan sedia ada yang telah dikeluarkan kepada rakyat Malaysia sejak tahun 2012,” katanya.
Tambah beliau, inisiatif ini juga bertujuan untuk mengurangkan kemungkinan berlakunya insiden pemalsuan atau penyalahgunaan kad pengenalan, yang merupakan dokumen pengenalan diri utama di Malaysia.
Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan daripada Manndzri Nasib (BN-Tenggara) yang ingin mengetahui status terkini mengenai pengenalan kad pengenalan generasi baharu bagi mengatasi isu pemalsuan identiti kewarganegaraan.
BACA: Kerajaan benarkan pengusaha stesen minyak gajikan pekerja asing di kafe dan kedai serbaneka