Wanita dedah rahsia Periuk 20 tahun dah pakai masih berkilat

Oleh BURHANUDDIN ABD RAZAK

Zaman sekarang, kalau nak cari tip, kebanyakan orang terus buka telefon dan cari di internet.

Jarang sekali nak dengar nasihat orang lama, sedangkan tip mereka sebenarnya lebih berguna berbanding info merepek di media sosial.

Contohnya, menjaga periuk yang sering berdepan kesan hitam akibat penggunaan lama.

Ramai yang menganggap sukar untuk membersihkannya dan memilih untuk basuh ala kadar atau terus beli yang baru.

Namun, seorang pengguna Facebook telah berkongsi tip dari mak mentuanya

Wanita dedah rahsia Periuk 20 tahun dah pakai masih berkilat

Tentang cara menjaga periuk supaya kekal bersih dan tidak berkerak walaupun sudah digunakan selama 22 tahun.

Menurutnya, dengan bahan dan langkah mudah, kerja mencuci periuk boleh jadi lebih efisien:

Bahan-bahan:

Periuk
Berus dawai
Lebihan sabun mandi jenis buku
Cara-cara:

Rendam berus dawai bersama lebihan sabun mandi dan sedikit air.

Tekan berus sedikit-sedikit sehingga air berbuih.

Gunakan berus tersebut untuk menyental periuk yang berkerak.

Bilas dan cuci hingga bersih. Periuk akan kembali berkilat seperti baru.

“Berus dawai ni tahan lama, boleh guna tiga hingga empat hari dan tak mudah berkarat.

Cubalah! Periuk saya ni dah berusia 22 tahun, tapi masih cantik lagi,” katanya dalam hantaran tersebut.

Cuba sendiri tip ini, anda pasti terkejut dengan hasilnya!

BACA: ‘Hidup susah mati pun susah’ Watak apek dalam filem P.Ramlee rupanya melayu!