Pewangi kereta sering menjadi barang yang kita beli untuk diletakkan dalam kenderaan bagi menghilangkan bau tidak sedap dalam kereta.
Biasanya, kita akan meletakkan pewangi ini di corong aircond di bahagian pemandu atau di sebelahnya, atau kadangkala di atas dashboard kereta.
Namun, tempat yang lebih tepat dan berkesan untuk meletakkan pewangi kereta sebenarnya bukan di tempat-tempat tersebut.
Menurut perkongsian dari @stdetailingjb di TikTok, tempat paling sesuai untuk meletakkan pewangi kereta
adalah di bahagian kaki tempat duduk penumpang depan, yang berdekatan dengan aircond.
Hal ini kerana udara dalam kereta diserap dari bahagian bawah dan akan dikeluarkan melalui aircond kenderaan.
Untuk membuktikannya, anda boleh melihat video yang menunjukkan bagaimana udara disedut di bahagian tersebut dan dikeluarkan melalui ruang aircond kereta. Anda juga boleh klik SINI untuk menonton video tersebut.
Dengan meletakkan pewangi di lokasi ini, bau harum akan tersebar hingga ke bahagian belakang kereta.
BACA: Netizen dakwa pekerja minuman Chagee tipu, sorok cawan ada hadiah lumayan